Resipi Lontong Goreng paling sedap dalam dunia, confirm teringat

Resipi Lontong Goreng paling sedap dalam dunia, confirm teringat.

Biasanya kita akan makan nasi impit dengan rendang, kuah lodeh atau kuah kacang kan?

Tetapi lain pula hidangan lontong goreng yang sering menjadi menu utama ketika perayaan hari raya Aidilfitri di negeri Johor.

Resipi Lontong Goreng paling sedap dalam dunia, confirm teringat

Jika ada lebihan nasi impit, jangan dibuang ya. Anda boleh olah kepada lontong goreng. Mudah saja resepi lontong goreng ni, macam kita goreng nasi atau mi seperti biasa.

Kalau dah pandai masak sendiri, dah tak perlu tunggu raya baru nak merasa lontong goreng Johor ni kan. Anda masak sendiri sahaja di rumah.

CARA BUAT LONTONG GORENG

Bahan-bahan:

Resipi Lontong Goreng paling sedap dalam dunia, confirm teringat

Lontong 900gram (dipotong dadu besar)
Udang sedarhana (200- 300gram)
Isi dada Ayam (direbus dan dicarik )
Sos Cili 2 sudu besar
Sos Tomato 2 sudu besar
Sos Ikan 2 sudu besar
Kicap manis 3-4 sudu besar
Kucai
Kubis dihiris tipis (jika mahu)
Telur 4 biji
Gula 1-2 sudu besar
Garam (jika perlu)
Serbuk Perasa (jika perlu)
Daun sup (bahan hiasan)
Cabai Merah (bahan hiasan)
Daun bawang (bahan hiasan)
Bahan-bahan kisar:

Cili kering 10-15 batang
Bawang besar ½-1 biji
Bawang Putih 5 ulas
Udang kering 2-3 sudu besar
Cara memasak:

1. ​Panaskan minyak secukupnya, masukkan bahan yang telah dikisar tadi dan masak sehingga pecah minyak.

2. Masukkan udang dan masakkan ia seketika.

3. Kemudian, masukkan sos cili, sos tomato, sos ikan, kicap, gula, garam dan serbuk perasa (jika perlu) dan gaulkan.

4. Masukkan lontong, kucai, kubis, isi ayam dan telur. Gaulkan kesemuanya sehingga sebati.

5. Kemudian taburkan cili merah, daun bawang dan daun sup.

lontong goreng

6. ​Angkat dan siap untuk dihidang.

lontong goreng

BACA:

Patutlah semalam jalan di Petaling Jaya sesak! Rupanya ramai wanita beratur demi jualan murah 90% handbag Christy Ng!