Dua warga Rohingya dicekup kerana dipercayai merogol pelajar perempuan 15 tahun dalam kejadian di Klebang, kata Ketua Polis Melaka Zainol Samah.
Beliau berkata, dalam kejadian Jumaat lalu itu, mangsa dipercayai keluar bersiar bersama seorang lelaki Rohingya
Pada 2 petang menaiki motosikal sebelum bertemu dengan seorang lagi lelaki di sebuah restoran.
Katanya, mangsa kemudian dibawa menaiki sebuah kereta dan bersiar-siar di kawasan Klebang sebelum dirogol dua individu itu dengan mangsa ditinggalkan di sebuah taman permainan di kawasan Batu Berendam.
“Satu laporan polis telah dibuat oleh seorang lelaki yang mendapati adik perempuannya telah dirogol oleh dua individu warga Rohingya.
“Pada 15 Sept kedua-dua individu warga Rohingya masing-masing berusia 14 dan 27 tahun telah ditahan polis untuk siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan.
Beliau berkata, kedua-duanya diremah selama tujuh hari sehingga esok.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.
BACA: Netizen dakwa Caprice ambil alih kerja tuhan selepas tubuhkan NGO Munafik Hunter