Rekod tertinggi dicatat hari ini dengan 207 kematian

Sebanyak 207 kematian akibat Covid-19 dicatatkan hari ini, sekali gus menjadi rekod tertinggi sejak wabak itu melanda negara ini.

Ini menjadikan jumlah korban keseluruhan seramai 8,201 orang.

Sementara itu, Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan terdapat 14,516 kes baru Covid-19 hari ini dengan jumlah terkumpul jangkitan wabak itu sebanyak 1,027,954 kes.

Tiga negeri dan satu Wilayah Persekutuan merekodkan kes harian melebihi 1,000 kes, iaitu Selangor (6,508 kes), Johor (1,449 kes), Kuala Lumpur (1,425 kes) dan Kedah (1,160 kes).

Dalam pada itu, 1,009 pesakit sedang dirawat di ICU dengan 524 kes memerlukan alat bantuan pernafasan.

Status ringkas:

Jumlah kes sembuh baru: 9,372 kes

Jumlah kumulatif kes sembuh: 853,913 kes (83.1%)

Jumlah kes baru Covid-19: 14,516 kes

Jumlah kumulatif: 1,027,954 kes

Jumlah kes aktif: 165,840 kes

Kes tempatan: 14,513 kes (11,480 WN, 3,033 BWN)

Kes import: 3 kes (1 WN, 2 BWN)

Jumlah kematian baru: 207 kes (184 WN, 23 BWN)

Jumlah kumulatif kematian: 8,201 kes (0.80 %)

Jumlah kes di ICU: 1,009 kes

Pesakit Covid-19 perlu alat bantuan pernafasan: 524 kes

Berikut merupakan pecahan kes baru mengikut negeri:

Selangor – 6,508 (373,977)
Johor – 1,449 (85,707)
Kuala Lumpur – 1,425 (111,476)
Kedah – 1,160 (39,637)
Sabah – 720 (80,190)
Perak – 590 (34,509)
Negeri Sembilan – 452 (67,067)
Pulau Pinang – 402 (42,499)
Pahang – 386 (21,773)
Melaka – 373 (28,467)
Sarawak – 356 (74,342)
Kelantan – 346 (40,019)
Terengganu – 245 (14,563)
Putrajaya – 94 (3,461)
Labuan – 8 (9,607)
Perlis – 2 (660)

[Berita lanjut menyusul]

Berita Penuh : https://www.malaysiakini.com/news/584576

BACA JUGA : Kalau diundi, saya yakin kerajaan kalah – Mohamad Sabu