Reaksi sedih Oyen tengok ikan rebus dah habis buat kita rasa nak menangis

Reaksi sedih Oyen tengok ikan rebus dah habis buat kita rasa nak menangis

Reaksi sedih Oyen tengok ikan rebus dah habis buat kita rasa nak menangis. Selain daripada makanan kucing, ada yang akan memberikan ikan kepada kucing mereka untuk menambahkan selera makan atau protein dalam diet mereka. Sama macam gelagat si oyen ini yang cukup suka apabila pemiliknya memberikan ikan rebus untuk dimakan.

Kucing punya selera berlainan, bergantung kepada jenis makanan yang diberikan oleh tuannya. Kucing dikampung biasanya diberi makan ikan segar, manakala kucing dibandar selalunya diberi makanan khas untuk kucing yang diproses.

Tapi ada juga kucing di bandar yg suka makan ikan segar ye…. macam ikan rebus, ikan goreng dan lain2. Kisah Oyen Buat Muka Sedih Ikan Rebus Habis ini Raih Perhatian, “Siannya Muka Dia…”

Namun baru-baru ini, reaksi si oyen yang membuat muka sedih apabila ikan tersebut habis mencuit hati netizen. Malah video tersebut juga tular dikongsikan apabila ianya meraih lebih dari setengah juta tontonan setakat ini.

Apa yang menarik perhatian ramai ialah si oyen kekal tidak berganjak dan duduk di sebelah periuk ikan itu seperti sedang menunggu sesuatu. Menurut pemiliknya, ikan rebus itu telah pun habis diberikan tetapi si oyen masih setia menunggu di situ.

Reaksi sedih Oyen tengok ikan rebus dah habis buat kita rasa nak menangis

Di dalam video yang dikongsikan ini, pemilik kucing itu berkongsikan gelagat si oyen yang tidak dapat menahan kesedihannya apabila makanan kegemarannya itu sudah pun habis.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut sama terhibur melihat reaksi sedih si oyen ini. Malah ada yang berseloroh mungkin juga kucing itu tidak dapat menerima hakikat makanan kegemarannya itu telah pun habis.

Lebih mencuit hati, reaksi sedih si oyen yang seakan-akan sedih dengan apa yang terjadi turut membuatkan netizen berdekah melihatnya. Walaupun matanya kelihatan seperti menangis, namun menurut pemiliknya itu adalah disebabkan masalah cacing yang dihidapi kucing itu..

@tenangisawesome420 Nama Dia Chiby..Kuat Makan Ikan Rebus 🤣#kucinggendut #gendut #kucing #fyp #meow #anakbulus ♬ suara asli – JonGENDUT – Vinsca🧚🏻‍♀️

BACA:

Budak lelaki dibuat seperti ‘hamba’, pelanggan hanya tengok sambil cekak pinggang

Penat ikut tuan naik kereta, “sampai je rumah terbaring terus..”

“Assalamualaikum”..Video kucing bagi salam sebelum masuk rumah tarik perhatian

CATEGORIES