RCI Tabung Haji ditubuh, bekas hakim dilantik sebagai ketua

RCI Tabung Haji ditubuh, bekas hakim dilantik sebagai ketua. Bekas Ketua Hakim Negara Mohamed Raus Sharif dilantik sebagai Pengerusi Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat isu-isu pengurusan dan operasi Lembaga Tabung Haji (TH), bermula 2014 sehingga 2020.

Selain Raus, lima lagi ahli yang dilantik ialah bekas Ketua Setiausaha Negara, Samsudin Osman; Pengasas RHB Group, Abdul Rashid Hussain dan Mohd Munir Abdul Majid yang juga bekas Pengerusi Bank Muamalat Malaysia Berhad.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Wan Junaidi Tuanku Jaafar, berkata Agong turut berkenan melantik Asmadi Mohamed Naim yang juga Naib Canselor Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (UNISHAMS) merangkap Ahli Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) dan Akauntan Bertauliah/Timbalan Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Norsyahrin Hamidon.

RCI Tabung Haji ditubuh, bekas hakim dilantik sebagai ketua

“Mereka yang dilantik terdiri daripada tokoh yang berwibawa, mempunyai kepakaran dan pengalaman luas dalam bidang masing-masing iaitu kehakiman, perkhidmatan awam, pentadbiran, ekonomi, kewangan, pelaburan, pasaran modal, perbankan, kewangan Islam dan perakaunan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Wan Junaidi lagi, mereka dilantik telah dipastikan bebas dan tidak mempunyai hubungan secara langsung dengan TH.

Katanya, ini bagi memastikan siasatan dapat dijalankan dengan telus, adil dan saksama serta mengelak sebarang isu melibatkan konflik kepentingan dengan pihak berkaitan.

“Penubuhan RCI selaras dengan Akta Suruhanjaya Siasatan 1950 (Akta 119) dan pelantikan ini berkuatkuasa daripada 20 Januari sehingga 19 Julai 2022.

“Suruhanjaya ini diberikan tempoh enam bulan bagi melaksanakan siasatan dan menyediakan laporan untuk dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong,” katanya.

Sebelum ini, media melaporkan beberapa ahli parlimen mendesak supaya RCI ditubuhkan bagi menyiasat dakwaan salahlaku oleh pengurusan TH yang lalu.

Susulan desakan itu, kerajaan pada Julai tahun lalu, bersetuju menubuhkan RCI bagi menyiasat isu berbangkit mengenai pengurusan dan operasi TH.

Siasatan itu antara lain menjawab segala dakwaan berkaitan institusi kewangan umat Islam, sekaligus meleraikan keadaan selepas menimbulkan perbincangan hangat dan bebanan kepada rakyat yang berikhtiar dan ikhlas menunaikan fardu Haji.

BACA JUGA : Jadi jutawan sekelip mata, tindakan lelaki ini buatkan penduduk terharu
Rupanya ular dah beranak pinak dalam kotak speaker di rumah
Kota Purba Emas yang hilang 3,000 tahun dahulu ditemui