Rayuan BPR : Bayaran disalurkan mulai esok – Tengku Zafrul

Kementerian Kewangan (MOF) memaklumkan bayaran bagi rayuan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) akan mula disalurkan kepada penerima bermula esok.

Menterinya,Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, pembayaran akan dikreditkan terus ke akaun bank yang didaftarkan semasa permohonan rayuan BPR pada penghujung September lalu bersekali dengan penerima bayaran BPR Fasa 3.

Beliau berkata, pembayaran rayuan BPR itu akan melibatkan hampir 200,000 penerima BPR dengan anggaran peruntukan sebanyak RM240 juta.

Rayuan BPR : Bayaran disalurkan mulai esok - Tengku Zafrul

ENGKU ZAFRUL TENGKU ABDUL AZIZ

Menurutnya, kerajaan telah mengemas kini data golongan B40 yang layak menerima BPR melalui permohonan rayuan BPR yang dibuka pada 15 sehingga 30 Jun lalu.

“Permohonan rayuan ini telah dinilai semula oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) bagi memastikan inisiatif bantuan tunai ini dapat disalurkan dan dimanfaatkan oleh golongan yang benar-benar layak.

“Semakan status kelulusan rayuan BPR boleh dibuat mulai esok di Portal BPR di https://bpr.hasil.gov.my,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tengku Zafrul berkata, kerajaan berharap bantuan tunai yang secara keseluruhannya berjumlah RM17.1 bilion sehingga hujung tahun ini boleh membantu Keluarga Malaysia menampung dan menguruskan perbelanjaan penting mereka.

Menurutnya, selaras dengan pengumuman kelulusan rayuan BPR itu, kerajaan turut memberi peluang kepada golongan yang lulus rayuan BPR menyertai Program Jaringan Prihatin.

“Tarikh akhir pendaftaran dan penebusan program ini akan dilanjutkan sehingga 30 September depan.

“Pelanjutan ini juga bertepatan dengan situasi semasa selain memberi ruang serta masa kepada mereka yang perlu mendaftar dan menebus telefon mereka di kedai secara fizikal,” katanya.

Katanya, kerajaan sentiasa komited untuk memastikan program yang disediakan menepati kehendak golongan sasar dan memudahkan pembelajaran anak-anak golongan B40 mendapatkan pakej telekomunikasi ataupun pakej peranti mudah alih.

Berita Penuh : https://www.utusan.com.my/berita/2021/09/bayaran-rayuan-bpr-disalurkan-mulai-esok-tengku-zafrul/

BACA JUGA : Peniaga, penjaja di Pulau Pinang diberi pengecualian bayar sewa, permit hingga hujung tahun

COMMENTS

Wordpress (0)