Ratusan tulang manusia 7,000 tahun ditemui dalam gua di Arab Saudi

Ratusan tulang manusia ditemui dalam gua.Sejumlah besar tulang manusia dan haiwan ditemukan dalam sebuah gua di Arab Saudi.

Lapor The Sun, timbunan tulang itu ditemukan di sebuah terowong bawah tanah besar yang dikenali sebagai Umm Jirsan.

Pasukan penyelidik percaya timbunan tulang itu dikumpulkan oleh haiwan karnivor, dubuk sejak 7,000 tahun lalu.

Gua Umm Jirsan seluas 64.37 kilometer (km) di bawah permukaan tanah, terbentuk daripada aliran lava.

Berdasarkan Live Science, gua itu menjadi habitat dubuk selama ribuan tahun.

tulang

Pasukan penyelidik yang meneroka gua itu menerbitkan artikel mengenai penemuan mereka dalam jurnal Archaeological and Anthropological Sciences.

“Saiz dan komposisi timbunan tulang selain sisa rangka dubuk serta fosil menunjukkan ia dikumpulkan oleh dubuk belang,” jelas penyelidik itu.

Kumpulan penyelidik mengkaji sebanyak 1,900 tulang ditemukan dalam gua tersebut.

Daripada jumlah itu, lebih 40 dikenal pasti termasuk dua serpihan tengkorak manusia.

Tulang haiwan lain termasuk unta, anjing, keldai dan kambing turut ditemukan.

Pengarang kajian utama, Matthew Stewart memberitahu Live Science, tulang itu dipercayai dikumpulkan oleh dubuk belang di gua Umm Jirsan.

Berita Penuh : https://www.utusan.com.my/luar-negara/2021/10/timbunan-tulang-manusia-ditemukan-dalam-gua-kuno/

BACA: PM jangka umum kebenaran rentas negeri minggu hadapan

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)