Rasuah pengurusan jenazah : Lima ditahan SPRM

Rasuah

Rasuah pengurusan jenazah : Lima ditahan SPRM.Lima kakitangan hospital ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor, hari ini, kerana disyaki meminta dan menerima wang suapan daripada ejen sebagai balasan mendapatkan kerja pengurusan jenazah di hospital itu.

Menurut sumber, kegiatan itu dipercayai dilakukan sejak 2019 hingga tahun ini membabitkan jumlah suapan lebih RM20,000.

Difahamkan, semua suspek berusia antara 34 tahun hingga 44 tahun itu ditahan sekitar 3 petang di Pejabat SPRM Selangor ketika hadir memberi keterangan.

Rasuah

Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor, Datuk Alias Salim mengesahkan penahanan terbabit.

Katanya, semua suspek yang disiasat mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009 akan dibawa ke Mahkamah Majistret Shah Alam untuk permohonan reman, esok.

Berita penuh : hmetro.com.my/mutakhir/2021/10/763351/sprm-tahan-lima-kakitangan-hospital-kes-rasuah-pengurusan-jenazah

BACA: Muktamad !!! Tiada kerjasama dengan Bersatu di PRN Melaka – Zahid

COMMENTS

Wordpress (1)
  • comment-avatar

    […] BACA JUGA : Rasuah pengurusan jenazah : Lima ditahan SPRM […]