Rani Kulup sahkan bertanding di Parlimen Port Dickson

Rani Kulup sahkan bertanding di Parlimen Port Dickson

Rani Kulup sahkan bertanding di Parlimen Port Dickson. Aktivis, Abdul Rani Kulup Abdullah mengesahkan bakal bertanding atas tiket Barisan Penyatuan Nasional (BPN) di kerusi Parlimen Port Dickson pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ini.

Abdul Rani, 67, atau popular dengan panggilan Ayahanda dijangka berdepan saingan sengit daripada Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun mewakili Pakatan Harapan (PH) dan pelakon dan pengarah, Dr Ahmad Idham Ahmad Nazri mewakili Gerakan Tanah Air (GTA).

Beliau yang juga Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM) membuat keputusan menyertai politik selepas 22 tahun berjuang membawa suara rakyat melalui platform badan bukan kerajaan (NGO).

Saya masuk politik ini bukan nak lawan siapa-siapa, bukan nak lawan parti politik sama ada dari Pas, UMNO, PKR, GTA mahupun DAP atau lain-lain parti, bukan sama sekali.

“Ayah bertanding ini untuk rakyat, masyarakat di Port Dickson angkat, undi dan campak ayah di Parlimen ini untuk mendapatkan kuasa demi membantu rakyat, asnaf, orang susah dan menyelesaikan masalah mereka,” katanya dalam sidang akhbar di sini pada Rabu.

Rani Kulup sahkan bertanding di Parlimen Port Dickson

Abd Rani yang juga Ketua Bahagian BPN Port Dickson menjelaskan, beliau memilih Port Dickson kerana tiada kawasan lain untuk bertanding.

“Jikalau boleh 222 kerusi Parlimen ayah hendak bertanding. Ayah ikhlas untuk membantu kerana memikirkan rakyat,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau yang berasal dari Kuala Kangsar, Perak dan menetap di Gombak, Selangor itu berhasrat menyelesaikan isu veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan mewujudkan sebuah Perkampungan Veteran Lestari sekiranya dipilih nanti.

“Sejak 1973 hingga 1995, ayah berkhidmat dalam tentera selama 22 tahun dan jawatan terakhir sebagai Rejimental Sarjan Mejar di Kementerian Pertahanan (Kementah),” katanya.

Media sebelum ini melaporkan, BPN merupakan parti politik baharu ditubuhkan oleh sekumpulan ahli perniagaan dan akan bertanding di 160 kerusi Parlimen pada PRU15.

Presidennya, Datuk Ibrahim Yahaya berkata, kebanyakan kerusi tersebut terletak di Semenanjung manakala yang lain di Sabah dan Sarawak.

Sebagai rekod, pada PRU14, Datuk Seri Anwar Ibrahim diumumkan sebagai Ahli Parlimen Port Dickson baru dengan 31,016 undi dan majoriti sebanyak 23,560 undi, menurut Pegawai Pengurus PRK Port Dickson Khairy Maamor.

Anwar berjaya menewaskan enam lagi pencabarnya daripada parti Pas dan Bebas pada Pilihan Raya Kecil (PRK) kali ini.

BACA:

Ustazah Asma tegur Neelofa?- “apa tujuan kamu berniqob?”

3 kesalahan ini selalu dibuat orang bila pilih tinted kereta

“Suami saya yang tolong pin tudung”, Neelofa dedah suami bagi greenlight berfesyen

CATEGORIES