Ramai tak tahu cara betul guna aircond, dengan cara ini confirm bil elektrik tak melambung punya!

Ramai tak tahu cara betul guna aircond, dengan cara ini confirm bil elektrik tak melambung punya!

CUACA panas melampau menyebabkan kita terpaksa menghidupkan kipas dan pendingin hawa (aircond) dalam tempoh yang lama.

Namun, ada cara tertentu yang boleh anda amalkan bagi menjimatkan elektrik sewaktu menggunakan aircond di kediaman anda.

Ramai tak tahu cara betul guna aircond, dengan cara ini confirm bil elektrik tak melambung punya!

1. Tutup suis utama

Anda disarankan agar menutup suis utama setiap kali menutup suis aircond. Dengan cara ini, anda boleh menjimatkan sehingga 10 peratus jumlah penggunaan elektrik di rumah.

2. Guna timer

Sebaiknya tetapkan penggunaan aircond menggunakan timer bagi membolehkan ia ditutup pada waktu-waktu tertentu secara automatik.

Aircond menjadi satu keperluan ketika cuaca panas melampau.

3. Tetapkan suhu yang tepat

Tetapkan suhu pada 24°C atau lebih. 24°C merupakan suhu yang selesa. Jika ditetapkan pada suhu 18°C, ini akan memaksa kompressor untuk mencapai suhu tersebut.

4. Bersihkan atau tukar penapis aircond setiap bulan

Penapis udara yang kotor mengurangkan keberkesanan unit, menggunakan lebih banyak tenaga elektrik dan kos penyelenggaraan yang lebih tinggi.

5. Servis secara berkala

Servis unit aircond anda jika ia meniupkan udara panas. Jika mahu lebih jimat, pilih aircond jenis inverter yang lebih mesra alam.

6. Pasang kipas sebagai alternatif

Selain aircond, kipas juga berfungsi untuk menyejukkan ruang dan suasana. Jadi, apa kata gunakan kedua-dua alatan elektrik itu secara alternatif, jadi aircond tidak perlu dihidupkan dalam tempoh yang lama.

BACA: Anak Zainal Abidin dedah punca sebenar penceraian bapanya dengan Fyna Jebat buat ramai nak tahu

Sarawak cipta apps pantau buaya secara ‘real time’, sekali lain pula netizen komen ‘buaya darat pun termasuk ke?’