Ramai puji kecantikan isteri Fizo Omar, sekali Mawar pun masuk komen

Ramai puji kecantikan isteri Fizo Omar, sekali Mawar pun masuk komen.Persoalan netizen mengenai status Fizo Omar terjawab apabila pengurus aktor itu mengesahkan pelakon berkenaan selamat bergelar suami dalam satu majlis yang diadakan pada pagi Khamis.

Pengurusnya Mimi berkata, majlis diadakan secara tertutup di sebuah lokasi di Bidaisari Resort, Janda Baik, Pahang kira-kira pukul 10 pagi.

Mimi bagaimanapun enggan mendedahkan identiti isteri kepada pelakon drama Rindu Awak Separuh Nyawa itu kerana mahu memberi peluang kepada Fizo mengumumkannya sendiri.

Katanya, Fizo akan mengumumkan dan berkongsi maklumat terperinci mengenai perkahwinannya itu dalam masa terdekat.

“Alhamdulillah pagi semalam (Khamis). Fizo buat majlis secara tertutup hanya famili terdekat sahaja yang datang.

Fazeera berasal dari Sarawak merupakan bekas pramugari.

“Tunggu nanti InsyaAllah Fizo sendiri akan umumkan dan dedah siapa suri hati dia,” katanya ketika dihubungi mStar.

Sementara itu, hasil carian mStar beberapa laman sosial mendapati isteri Fizo itu dikenali dengan nama Fazeera Nazri.

Tunggu nanti InsyaAllah Fizo sendiri akan umumkan dan dedah siapa suri hati dia

Fazeera yang juga merupakan bekas pramugari sebuah syarikat penerbangan berkongsi dua keping gambar mengenakan baju pengantin dan turut menggunakan gambar profil Fizo berbaju Melayu putih bersama anaknya, Wan Maryam.

Foto pertama yang dimuat naik menunjukkan seorang lelaki (tanpa menunjukkan wajah) sedang menyarung cincin ke jarinya dengan kapsyen Alhamdulillah.

Fazeera yang dipercayai berasal dari Sarawak bagaimanapun menutup ruangan komen pada akaun miliknya itu.

Sama cantik sama padan.

Pada malam Khamis, Fizo berkongsi sekeping foto memakai persalinan baju melayu berwarna putih bersama anak perempuannya di Instagram.

Walaupun tidak mengesahkan tentang khabar gembira itu namun Fizo memberi bayangan dia kini sudah keluar daripada kumpulan selebriti berstatus duda.

Mawar Karim Masuk Komen?

puji

BACA JUGA

Omicron : 2300 penerbangan seluruh dunia dibatalkan
Berbekal duit RM50 dalam poket, lelaki ini angkut bot dengan Viva dari Melaka selamat mangsa banjir

Artikel ini disiarkan pada 25/12/2021

COMMENTS

Wordpress (0)