Ramai marah tindakan peniaga ini buang air balang ke dalam sungai

Untung rugi adalah lumrah yang tidak boleh dielakkan ketika berniaga. Sudah menjadi resmi seorang usahawan

Dan rezeki juga telah ditentukan oleh Yang Maha Esa, apa yang kita boleh buat, redha sahaja lah.

Walau bagaimanapun, untuk melupuskan produk jualan yang tidak terjual atas apa jua faktor, kita perlu cakna dengan keadaan sekeliling. Lebih-lebih lagi terhadap alam sekitar.

Ramai marah tindakan peniaga ini buang air balang ke dalam sungai

Tular satu video dimana seorang peniaga air balang membuang air bancuhannya ke dalam sungai. Perkara ini telah menimbulkan rasa tidak senang orang ramai yang risau berlakunya pencemaran kepada alam sekitar. Korang boleh tengok video @isusemasaviral di bawah ni.

Rata-rata netizen menyelar dan mengecam tindakan peniaga ini dengan pembaziran yang berlaku. Ada juga yang kurang senang dengan tindakannya yang membuang air ke dalam sungai.

Baca Artikel Penuh