Ramai langgar tanpa sedar, jangan buat benda ini guna duit kwsp

Oleh NADIA HARON

Statistik KWSP menunjukkan bahawa duit hanya mampu bertahan antara 3 hingga 5 tahun sahaja.

Berikut adalah perkara yang perlu dielakkan agar duit dapat bertahan lama:

Hindari mengadakan kenduri kahwin anak dengan gaya yang mewah seperti anak menteri besar.

Jangan terlalu mengubahsuai rumah sehingga lupa bahawa kita sebelum ini hanyalah seorang kerani biasa.

Elakkan memberikan wang kepada anak untuk bercuti atau membeli kereta terkini.

Ramai langgar tanpa sedar, jangan buat benda ini guna duit kwsp

Ingatlah untuk membayar zakat simpanan daripada KWSP.

Jangan terlibat dalam skim cepat kaya yang menawarkan dividen yang tidak realistik.

Jangan terpedaya dengan ungkapan “Bila nak merasa lagi”. Sekiranya mampu, kembali bekerja adalah pilihan yang baik.

Jangan membandingkan perbelanjaan kita dengan orang lain, terutamanya jika mereka bersara sebagai hakim sementara kita hanyalah seorang pemandu lori.

Jangan memulakan perniagaan dengan menggunakan modal daripada KWSP.

Hindari menjalani pembedahan plastik di Korea untuk kelihatan lebih muda demi menawan hati seperti Fazura.

Elakkan daripada berkahwin lagi, terutamanya jika terdapat ramai gadis bujang yang menanti. Beri peluang kepada individu yang masih bujang.

Jangan terlalu tergesa-gesa menghabiskan duit persaraan. Tip: Bahagikan jumlah perbelanjaan dan duit yang diterima agar kita dapat mengetahui bila duit kita akan habis dengan lebih jelas. Selain itu, belilah rumah seawal mungkin sebagai simpanan persaraan.

BACA: “Aku buntu, laki ni suami orang, dia tak tahu aku isteri orang, dia nak jadikan aku yang kedua tapi suami aku makin baik dan aku sayang dua-dua”