Rakyat sudah tidak sabar menanti pengumuman kebenaran rentas negeri

Rakyat sudah tidak sabar menanti pengumuman kebenaran rentas negeri.Orang ramai mula meluahkan rasa lega dan tidak sabar untuk menunggu kebenaran untuk merentas negeri selepas kes harian Covid-19 terus menunjukkan penurunan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah melalui hantaran di Facebooknya sebentar tadi memaklumkan jumlah keseluruhan kes Covid-19 terkini adalah 14,954 kes.

Berdasarkan jumlah itu, Sarawak merekodkan sebanyak 2,707 kes, diikuti oleh Selangor sebanyak 2,028 kes, Johor 1,948 kes, Kelantan (1,420 kes), Sabah (1,356 kes), Pulau Pinang (1,259 kes).

Tinjauan Kosmo! di ruangan komen di Facebook mendapati, orang ramai mula mengucapkan tahniah dan lega berikutan penurunan kes Covid-19 baharu.

“Penggunaan ICU di Kedah dah nampak trend menurun. Alhamdulilah,” Kata Nasrul Hadzir.

Rakyat

“Harap kes kematian akibat Covid-19 boleh betul-betul turun,” kata Mark Lem.

“Tahniah! rakyat Malaysia, jangan kita leka, SOP kita jaga ke arah pemulihan negara tercinta,” kata Alex Yong.

“Alhamdulilah, Hint. ‘Road to’ pembukaan sempadan negeri. Semoga boleh balik jumpa keluarga.

“Semoga Johor terus turun dan negeri lain pun sama terus turun. Dengan izin Allah SWT.,” kata eldanazlinda.

Berita penuh : https://www.kosmo.com.my/2021/09/19/road-to-buka-sempadan-negeri/

BACA: Panas !!! Nazri ingatkan Umno, jangan jadi seperti komunis