Rakyat

Rakyat Malaysia dihukum penjara, 3 sebatan kerana masuk Brunei tanpa kebenaran

Rakyat Malaysia dihukum penjara, 3 sebatan kerana masuk Brunei tanpa kebenaran.Mahkamah Majistret menjatuhi hukuman tiga bulan penjara dan tiga kali sebatan bagi dua pertuduhan terhadap seorang lelaki, warganegara Malaysia, di bawah Seksyen 15 (1) Akta Imigresen Penggal 17 dan di bawah Seksyen 6 (1) (c) akta yang sama.

Pelita Brunei melaporkan, Hanafi Amit (defendan) mengaku bersalah dan dijatuhi hukuman oleh Majistret Kanan Azrimah Abdul Rahman, yang turut memerintahkan agar hukuman terhadap defendan dijalankan secara serentak.

Bagi pertuduhan pertama, Hanafi, 37, dijatuhi hukuman dua bulan penjara, manakala pertuduhan kedua pula, defendan dijatuhi tiga bulan penjara dan tiga kali sebatan.

Defendan yang juga tidak mempunyai pekerjaan, didakwa melakukan kesalahan kerana memasuki Brunei secara tidak sah tanpa melalui pos-pos kawalan Imigresen yang diisytiharkan.

Hanafi ditangkap semasa rondaan Pegawai Pasukan Polis Diraja Brunei, di Kampung Puni Ujung Jalan, Temburong.

Rakyat

Hasil siasatan dari Jabatan Imigresen dan Pendaftaraan Kebangsaan (JIPK), defendan memasuki negara ini menggunakan perahu dari Limbang, Sarawak, pada 27 Julai lalu dan tidak membuat pemeriksaan diri di Kompleks Kawalan dan Pemeriksaan Ujung Jalan, Temburong.

Defendan kemudian dibawa ke Perkampungan Sukan Berakas bagi menjalani pengasingan diri mandatori selama 14 hari.

Pendakwaan dijalankan oleh pihak Pendakwa Raya JIPK, Adi Yusra Adanan.

Berita Penuh : https://www.utusan.com.my/luar-negara/2021/08/masuk-brunei-secara-tidak-sah-warga-malaysia-dihukum-penjara-tiga-kali-sebatan/

BACA: “Saya nampak 2 penunggang motosikal hanyut dibawa kepala air”

CATEGORIES