Rakyat Malaysia bersatu dibawah kempen bendera putih

Rakyat Malaysia bersatu dibawah kempen bendera putih. Semakin ramai rakyat Malaysia berada di belakang kempen bendera putih atau #BenderaPutih, dengan beberapa syarikat perniagaan tempatan baru-baru ini tampil untuk menyokong inisiatif yang tular beberapa hari lalu di media sosial.

Berpunca dari ketidakstabilan kewangan yang dihadapi ramai rakyat Malaysia ketika pandemik Covid-19, inisiatif masyarakat ini meminta mereka yang sangat memerlukan makanan dan bantuan mengibarkan bendera putih di depan rumah mereka sebagai isyarat mereka memerlukan pertolongan segera.

Terdahulu, FMT telah mengumpulkan senarai beberapa individu dan organisasi yang menolong mereka yang memerlukan di sini.

Berikut adalah tambahan kepada senarai berkenaan:

1. MC Ocean Holding

MC Ocean Holding, yang menjual pelbagai makanan dan barangan kosmetik, menggesa mereka yang melihat bendera putih di hadapan rumah orang ramai untuk menghubungi wakil syarikat mereka di seluruh negara.

Walaupun tidak menyebut mengenai bantuan yang diberikan, sebuah catatan di akaun media sosial mereka mengatakan bahawa wakil mereka akan melakukan yang terbaik untuk membantu.

Kuala Lumpur – Rachel 012-6362248, Aziz 012-6362843
Kota Bharu – KP Mai 019-9259695, Zakwan 014-8474975
Johor Bahru – Xuan Feng 016-8844537
Penang – Mr Ang 012-4200599
Kuala Terengganu – KP Suffian 019-9980034
Kuching – Yusra 018-9769109

Untuk maklumat lanjut, tekan di sini.

2. 99 Speedmart

Rangkaian pasar raya ini menyediakan 1,000 paket bantuan setiap hari untuk dihantar ke kawasan sekitar premisnya bermula 1 hingga 14 Julai.

Syarikat itu mendorong orang ramai untuk menghantar mesej peribadi ke laman Facebook mereka atau ke WhatsApp di 010-5000099 jika ada yang mengetahui mereka yang menaikkan bendera putih.

Perincian seperti alamat rumah dan gambar bendera putih di rumah perlu disertakan bersama dengan pesanan mesej.

3. Vit’s

Satu lagi perniagaan yang menawarkan bantuan adalah pengeluar mi segera Vit’s, yang akan menghantar penghantaran makanan ke kediaman yang mengibarkan bendera putih di 16 kawasan perumahan di Rawang hari ini dan esok.

Penghantaran akan dilakukan bermula dari jam 10 pagi hingga 4 petang.

Untuk maklumat lanjut, tekan di sini.

4. Nook Cafe Kota Kinabalu

Berpusat di ibu negeri Sabah, Nook Cafe telah membuka bank makanan untuk semua penduduk yang memerlukan di kawasan itu.

Satu catatan di laman Instagramnya meminta orang ramai untuk mengambil apa yang mereka perlukan dan menyumbang sekiranya mampu. Mereka hanya akan menerima sumbangan makanan daripada mereka yang ingin menyumbang.

Untuk maklumat lanjut, tekan di sini.

5. Ahmad Mizuan Ahamad Tekmezi

Lelaki berusia 39 tahun ini menyediakan bank makanan di pintu masuk Kampung Tua di Tanjung Belanja, Perak, untuk memberi bantuan makanan asas kepada penduduk berhampiran.

Mereka yang tinggal di kawasan itu boleh mendapatkan barang-barang keperluan seperti beras, minyak masak, tepung, gula dan mi.

Ahmad Mizuan boleh dihubungi di talian 012-3361342.

Berita Penuh :https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/07/02/kempen-bendera-putih-semakin-dapat-perhatian-sokongan/

Jika Anda Terlepas: Ugut turunkan bendera putih, Polis Pahang beri penjelasan