Rakyat hanya dibenar guna TikTok 40 minit sehari

Rakyat hanya dibenar guna TikTok 40 minit sehari. Sebelum ini pemerintah China dilaporkan telah menyekat sebarang program pencarian bakat baharu yang mempromosikan lelaki lembut.

Mereka turut mengarahkan semua agensi penyiaran untuk tidak mengeluarkan artis yang mempunyai perangai buruk.

Ini semua dilakukan bagi memastikan rakyat negara itu tidak terlalu mengagungkan golongan artis.

Terkini, pemerintah China sekali lagi membuat perubahan terhadap sistem hiburan untuk rakyat mereka apabila mengehadkan waktu menggunakan aplikasi TikTok.

Rakyat hanya dibenar guna TikTok 40 minit sehari

TikTok versi negara China dikenali sebagai Douyin ini mengehadkan tempoh akses bagi pengguna yang berumur 14 tahun ke bawah.

Ibu bapa atau penjaga boleh mengaktifkan Youth Mode dan mereka hanya boleh mengakses TikTok dari jam 6 pagi hingga 10 malam sahaja.

Melalui mod ini juga, mereka hanya dibenarkan untuk melihat video di TikTok selama 40 minit sehari.

Apa yang dilakukan pemerintah China ini amat baik untuk mengelakkan anak muda terus terleka dengan hiburan serta ketagihan media sosial.

Berita Penuh : https://ohmedia.my/ohtech/pemerintah-china-hadkan-penggunaan-tiktok-40-minit-sehari/

BACA JUGA : Rogol pelajar : Cikgu umpan mangsa pergi perpustakaan

COMMENTS

Wordpress (0)