Rakyat duduk atas bumbung, menteri siap buat majlis pelancaran misi banjir

Rakyat duduk atas bumbung, menteri siap buat majlis pelancaran misi banjir

Dalam waktu duka yang harus ditempuh dan di saat rakyat benar-benar memerlukan bantuan dari kerajaan, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah melancarkan Skuad Sukarelawan Pasca banjir Kementerian Belia Dan Sukan menerusi sebuah majlis rasmi yang disempurnakan oleh YB Dato’ Seri Ahmad Faizal bin Dato’ Azumu.

Umum mengetahui sekarang ini Lembah Klang telah dilanda bencana banjir dan banyak kawasan-kawasan dipenuhi air dan lumpuh menyebabkan orang ramai terkandas di tengah jalan dan gagal mendapatkan barangan keperluan.

Pelancaran skuad untuk meringankan beban mangsa banjir

Rakyat duduk atas bumbung, menteri siap buat majlis pelancaran misi banjir

Menurut thevocket, YB Dato’ Seri Ahmad Faizal menyatakan skuad ini dilangsungkan bertujuan meringankan beban mangsa banjir yang terlibat. Pihak KBS juga memaklumkan sedia menyediakan fasiliti-fasiliti yang terdiri daripada kompleks belia dan sukan akan dijadikan sebagai pusat pemindahan sementara bagi meringankan kesulitan yang dihadapi rakyat Malaysia.

Ramai rakyat yang terdesak memerlukan bantuan waktu ini membuatkan para netizen kurang senang dengan tindakan KBS dan berpendapat bahawa pihak KBS tidak perlu mengadakan majlis rasmi, malah perlu terus menjalankan misi bantuan kepada mangsa-mangsa dengan secepat mungkin.

Semoga bantuan yang dihulurkan dapat membantu mangsa-mangsa banjir dan meringankan beban mereka. Harap kerajaan akan lebih peka dengan keadaan sekeliling dan terus menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan. Teruskan berdoa dan bantu mereka yang dalam kesusahan. Semoga Allah lindungi kita semua.

BACA JUGA : Panas !!! Wanita dakwa anggota polis paksa hisap kemaluan
Terkandas !!! Lebuhraya KL-Karak terputus hubungan

Artikel ini disiarkan pada 20/12/2021

COMMENTS

Wordpress (0)