Rakyat Afghanistan dilapor lari merentasi sempadan Pakistan

Rakyat Afghanistan dilapor lari merentasi sempadan Pakistan.Ribuan warga Afghanistan memasuki Pakistan melalui sempadan Spin Boldak/Chaman di tenggara negara itu selepas Taliban mengambil alih Afghanistan pada awal minggu ini.

Lapor Al Jazeera, antara warga Afghanistan tersebut adalah pesakit yang mahu mendapatkan rawatan perubatan dan tahanan dibebaskan oleh Taliban.

Sempadan tersebut terbuka kepada semua warga Afghanistan yang membawa dokumen identiti sah atau bukti sebagai pelarian warganegara itu yang sudah berdaftar dan tinggal di Pakistan.

Rata-rata warga Afghanistan yang memasuki Pakistan kelihatan berasa lega pada akhir pertempuran dalam peperangan yang sudah berlangsung hampir 20 tahun sehingga mengorbankan lebih 47,000 orang awam sejak tahun 2001.

 Afghanistan

“Ketika ini tiada mana-mana kawasan yang tidak terbabit dengan keganasan kerana seluruh Afghanistan jatuh ke tangan Taliban.

“Kini, semuanya tenang, semua orang dapat menjalankan perniagaan seperti biasa dan pergi ke kerja, tiada masalah,” kata Abdullah, seorang penduduk bandar Kandahar yang merentas sempadan ke Pakistan semalam.

Menurut Abdullah, kampung halamannya di Kandahar sudah ditawan sepenuhnya oleh kumpulan Taliban beberapa hari lalu.

“Keadaan agak buruk ketika itu, kira-kira empat atau lima hari lalu berlaku pertempuran antara kumpulan Taliban dan tentera Afghanistan. Kini seluruh bandar sudah ditawan,” katannya.

Berita Penuh : https://www.utusan.com.my/luar-negara/2021/08/ribuan-warga-afghanistan-rentas-sempadan-ke-pakistan/

BACA: Tinggal lagi 5 jam, siapa calon PM pilihan MP?