Rakaman kemalangan dua kereta merah ini terima anugerah “Video Of The Year”. Baru-baru tular satu rakaman video pendek di mana terdapat kemalangan kecil melibatkan dua buah kenderaan yang menyebabkan ramai warganet berasa geli hati.
Dalam video pendek berdurasi hampir 40 saat itu, kelihatan dua buah kereta berwarna merah telah melanggar antara satu sama lain semasa kedua-kedua pemandu cuba keluar daripada parkir kereta.
Sejurus perlanggaran kecil itu berlaku, pemandu dan penumpang kedua-dua buah kenderaan terbabit keluar untuk melihat keadaan bahagian belakang kereta masing-masing.
Yang mencuri tumpuan ramai apabila melihat kedua-dua kereta Honda City dan Proton Saga itu berwarna merah dan dipandu pula oleh wanita.
Dengan tagline ‘Wanita Tidak Pernah Salah’, membuatkan orang ramai berseloroh menyatakan kedua-dua pemandu langsung tidak bersalah dalam kemalangan kecil ini.
Netizen turut highlight sebuah Perodua Myvi selamat daripada tersepit semasa lalu di antara kedua-dua kenderaan terbabit sebelum kemalangan kecil itu berlaku.
BACA:
Dijangka harga ayam naik bulan depan – Menteri
Aksi rider hantar makanan sambil bawa bayi suntik motivasi, “beri susu ketika balik rumah..”