Rakam video tak senonoh ketika kendali peluru nuklear, kapten kapal selam dipecat

Oleh KAMARUL HISHAM ABDULLAH

Seorang kapten kapal selam tentera Britain telah dipecat daripada jawatannya selepas didapati menghasilkan

video tidak senonoh semasa mengendalikan peluru berpandu nuklear, lapor akhbar The Sun UK semalam.

Pegawai tersebut dikeluarkan daripada pasukan Tentera Laut Diraja Britain selepas rakaman tersebut ditonton oleh pegawai atasan.

Kapten itu dikatakan telah berkongsi video tidak senonoh dengan seorang kelasi muda yang berkhidmat di kapal selam yang sama.

Selain itu, dia juga dituduh berkongsi gambar swafoto yang dianggap tidak senonoh.

Rakam video tak senonoh ketika kendali peluru nuklear, kapten kapal selam dipecat

Kapten tersebut memimpin kapal selam nuklear kelas Vanguard yang dilengkapi peluru berpandu nuklear Trident Two doomsday.

Pegawai berkenaan, yang pernah bertemu dengan Puteri Anne dan mengetuai misi rahsia, telah dipindahkan ke tugasan pejabat selepas rakaman dan gambar tersebut didedahkan.

Dia kemudiannya digantung tugas sebelum dipecat tidak lama selepas itu di bawah ‘dasar toleransi sifar’ terhadap tingkah laku seksual yang tidak boleh diterima.

BACA: Ini punca Selangor tarik balik tauliah mengajar Ustaz Don Daniyal