Rahsia buat santan segar lebih pekat, confirm tak beli kedai dah

Penggunaan santan sering dalam masakan bertujuan untuk mendapatkan rasa lemak berkrim.

Selain membelinya di kedai, ada satu rahsia cara buat santan segar lebih pekat seperti perkongsian Afy Al habibi di bawah.

Santan segar yang pekat sudah tentunya akan membuat masakan anda lebih sedap berbanding biasa.

Rahsia buat santan segar lebih pekat, confirm tak beli kedai dah

Jadi, jom cuba cara seperti di bawah. Confirm tak beli di kedai dah.

1. Saya buat kelapa parut untuk 2 biji.Perasan tak kalau frozen dulu kelapa parut kita tak terus kisar lepas beli, ia akan mengering sikit. Jadi mengecut dan ambil masa juga untuk defrost kembali kepada asal.

Tipsnya, rendam kelapa parut dengan air panas. Bagi isi kelapa mengembang semula. Dengan cara ini juga santannya lebih banyak.

2. Kemudian, masukkan ke dalam mesin pengisar dan kisar. Kisar beberapa kali. Pastikan air melebihi parasa kelapa parut.

3. Seterusnya, sediakan penapis besi dan bekas kecil. Lebih bagus sekiranya guna penapis kain seperti di kedai makan.

4. Okay inilah tips yang perlu diikuti. Ramas-ramas seketika kelapa ini.

5. Ikut petua sesetengah orang lama, kelapa diperah menggunakan ibu jari semasa santannya keluar. Petua ini dikatakan untuk mengekalkan santan supaya tahan lebih lama.

6. Orang dulu kalau masak dia tak suka tambah air. Nak cairkan kuah mereka akan masukkan juga dari tambahan santan cair yang merupakan ramasan dari kali kedua atau ketiga santan.

7. Bagi memastikan santan betul-betul clear dari hampasnya, saya akan tapis lagi sekali. Kali ini saya gunakan penapis teh. Boleh buat dua hingga tiga kali.

8. Nak mudahkan pembungkusan, masukkan santan dalam jag. Kemudian perlu sediakan getah dan plastik.

9. Tuanglah santan tadi dalam plastik. Kemudian ikat ketat. Dah siap santan segar buat sendiri, boleh simpan dalam freezer. Tahap kebersihan pun lebih terjamin.

Selamat mencuba dan semoga bermanfaat!

BACA: “Suami suka guna kuasa veto dia sebagai suami untuk buat saya diam, walaupun soalan tu hanya perlu pilih sayur A atau B, saya takut buat keputusan”[/expander_maker]