Rafizi dakwa rakyat dah tak percaya parti politik

Rafizi dakwa rakyat dah tak percaya parti politik. Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohd Rafizi Ramli mendakwa sebahagian rakyat kini dilihat sudah hilang keyakinan kepada parti-parti politik, berbanding dengan situasi sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) pada 2018.

Beliau berkata, ia dibuktikan dengan keputusan beberapa siri Pilihan Raya Negeri (PRN) yang diadakan, melalui peratusan keluar mengundi yang rendah.

Menurutnya, situasi itu menunjukkan rakyat sudah tidak peduli sehingga enggan keluar mengundi dan seterusnya memberikan kesan besar kepada negara.

“Jika dilihat dalam beberapa PRN, UMNO menang bukan sebab kuat tetapi rakyat kata sudah tidak ada guna mengundi… sudah hilang harapan. Keputusan tidak keluar mengundi akan memberikan kesan kepada semua.

Bukan sebab kita nak tolong ahli politik tapi setiap keputusan politik yang kita buat, akan ada kesan kepada kita dan anak cucu kita.

“Kalau semua berfikiran negatif, maknanya kita hanya tinggalkan politik kepada macai-macai UMNO yang hanya mahu pemimpin mereka menang dan tahu dapatkan projek bila UMNO menang,” katanya pada Majlis Pelancaran ‘Ayuh Malaysia’ untuk menarik sokongan pengundi atas pagar bertempat di VIDA Bukit Ceylon, di sini pada Sabtu.

Rafizi dakwa rakyat dah tak percaya parti politik

Turut hadir, Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar dan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Akmal Nasrullah Mohd Nasir.

Platform ‘Ayuh Malaysia’ digerakkan oleh pimpinan muda PKR dengan harapan dapat menarik minat penyertaan pelbagai lapisan masyarakat.

Jelas Rafizi, ‘Ayuh Malaysia’ membentangkan lima teras yang dianggap radikal iaitu jaminan makanan, tenaga dan sumber boleh diperbaharui, vokasional dan teknikal, perumahan mampu milik dan mapan serta pendemokrasian pendidikan.

“Kami berharap idea-idea melalui Ayuh Malaysia ini dapat menghidupkan kembali semangat orang ramai untuk terus berusaha membawa Malaysia ke satu peringkat yang lebih baik,” ujar beliau.

Pada majlis itu juga, aplikasi CISTA yang dibangunkan bagi membolehkan setiap rakyat Malaysia menjadi sukarelawan untuk berkhidmat membawa mesej perubahan ke arah Malaysia yang lebih baik turut diperkenalkan.

TONTON :

BACA:

Tular Tun Mahathir akan ketuai gabungan politik baru

Luahan Noh Hujan selepas ambil anak angkat buat orang ramai sebak

Kak Long 7E buat hal lagi, kali ini ejek orang OKU pula

CATEGORIES