Baru-baru ini, berlaku kekecohan apabila pelakon dan penyanyi Rafidah Ibrahim memuat naik video
menyeru penduduk Kampung Sungai Baru agar tidak berpindah dan kekal menetap di kediaman masing-masing.
Difahamkan, seruan tersebut dilakukan selepas sebuah syarikat pemaju menawarkan pampasan bagi pewartaan
pengambilan tanah kampung itu pada Jun tahun lalu. Rafidah, yang juga penduduk di kawasan itu, berasa terpanggil untuk membuat video tersebut.
Namun begitu, seorang penduduk kampung tampil memberikan penjelasan mengenai situasi sebenar yang berlaku.
Individu tersebut mendakwa bahawa penduduk di situ, termasuk Rafidah dan keluarganya, telah menerima pampasan yang ditawarkan.
“Hentikanlah menyebarkan fitnah kerana kamu tidak tinggal di situ dan tidak faham. Kamu tidak mengikuti perkembangan dari awal.
Tiba-tiba kamu muncul mengatakan kita yang bekerjasama dengan pemaju adalah tidak bertanggungjawab.
@madaninomicsBila sudah setuju terima pampasan, maksudnya tanah itu sudah jadi milik pemaju. Atas dasar perikemanusiaan pemaju sahaja mereka tidak gunakan kekerasan menghalau penduduk. Sebab itu mereka boleh pasang tiang dan sebagainya, sebab tanah itu sudah jadi milik pemaju.
“Sekarang kamu bising rumah itu bukan nama kamu. Semasa arwah ibu bapa kamu hidup, mereka yang setuju. Pada saya, pampasan yang kamu dapat itu seimbang. Dahulu ibu bapa kamu beli rumah itu tidak sampai RM10,000.
“Kalau kamu ada ramai adik-beradik, pembahagian pampasan memang membuatkan kamu dapat sikit. Itu yang buat kamu tidak puas hati. Tapi sebenarnya, kamu patut bersyukur,” kata wanita itu lagi.