Radzi Jidin seolah sudah nyanyuk dan lalok di alam kayangan – Tariq Ismail

Saya merujuk kenyataan Ketua Penerangan Bersatu (pintu belakang), YB Senator Radzi Jidin awal tadi.

Bangkangan YB Senator akan fakta-fakta kemelut politik Bersatu menggambarkan seolah YB Senator sudah hampir nyanyuk dan lalok di alam kayangan beliau sendiri.

Atau mungkinkah YB Senator terlalu runsingkan nasib rakyat di landa CoViD-19 sehingga termimpi di siang hari?

Hakikat sebenar kemelut politik Bersatu adalah para pengkhianat pintu belakang telah mengugut keluar parti jika Tun tidak bersetuju menerima UMNO sepenuhnya.

Hakikat sebenar pembelotan ini berlaku walau semua bersetuju awalnya untuk mengikut nasihat Tun dalam menangani masaalah dalaman PH.

Semestinya, ianya suatu kekhilafan apabila keputusan keluar PH dan menerima UMNO dibuat berdasarkan perbualan politik dan desas desus, dan bukan atas perbincangan dan pengundian rasmi forum parti.

Selain itu, persoalan sama ada Tun masih pengerusi adalah suatu persoalan perundangan. Tun meletak jawatan dan tawaran ini ditolak sebulat suara majlis Bersatu. Maka natijahnya, seolah Tun tidak pernah meletak jawatan. Simple contract law!

Bukankah lebih berfaedah dan bermanfaat sekiranya YB Senator tumpukan usaha dan ghairah beliau kepada kerja-kerja berfaedah bagi membantu seluruh rakyat yang terkesan dek CoViD-19 daripada berusaha mengaburkan mata mereka di bulan Ramadhan yang mulia ini?

Sekiranya YB Senator dan pihak Bersatu lain tak segan silu berperangai yang mengaibkan dengan berpolitik kotor di waktu ini, saya segan dan malu bagi pihak mereka.

Akhir kata, suatu peringatan buat semua. Pangkat dan kuasa itu hanya dianugerah Allah Maha Esa. Tiada perlu berpolitik kotor dan jijik. Kun fayakun.

Tariq Ismail bin Mustafa
Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi
Parti Pribumi Bersatu Malaysia

Sumber: