Pusat Khidmat Sepang serah bantuan peralatan untuk Misi Bencana Banjir

Hari ini bantuan kepada mangsa banjir di kawasan Labu Lanjut dan Ginching Sepang Selangor diteruskan.

Ia melibatkan beberapa agensi kerajaan persekutuan, negeri, daerah dan pasukan keselamatan.

Menerusi status yang dimuatnaik oleh Pegawai Khas YB Ahli Parlimen Sepang dipetik;-

Serahan bantuan peralatan bagi Misi Bencana Banjir Sepang oleh Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Sepang bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) , Pejabat Daerah, Pejabat Penghulu dan Ketua Kampung dengan kerjasama JPS.

Semoga bantuan dan kerjasama seluruh pihak dapat meringankan beban mangsa.

Sumber :