Pusat Asasi UM ‘dihalau’ dari Kelantan, alumni tampil tuntut pembelaan

Pusat Asasi UM ‘dihalau’ dari Kelantan, alumni tampil tuntut pembelaan. SIASAT PERJANJIAN PAJAKAN KAMPUS ASASI AKADEMI PENGAJIAN ISLAM UNIVERSITI MALAYA DI TANAH MILIK PAS KELANTAN DI BACHOK

1. Pendahuluan

Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (APIUM) merupakan pusat pengajian Islam utama Universiti Malaya (UM) yang berpangkalan di kampus utama UM di Lembah Pantai, Kuala Lumpur. APIUM telah menghasilkan ribuan graduan pengajian Islam sejak tahun 1970’an sehingga ke hari ini.

APIUM mempunyai sebuah kampus Asasi iaitu kampus bagi menempatkan para pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Persis sebuah kolej matrikulasi, pengajian Asasi APIUM telah bertapak di Nilam Puri sejak puluhan tahun yang lalu. Lokasi Nilam Puri ini berkait rapat dengan sejarah penyerapan Yayasan Pengajian Tinggi Islam Kelantan (YPTIK) ke dalam UM pada awal dekad 80’an dahulu. Secara teknikalnya, kampus YPTIK di Nilam Puri turut diserahkan kepada UM apabila YPTIK menjadi sebahagian daripada UM dengan terbentuknya Akademi Islam UM yang kemudiannya dikenali sebagai APIUM.

2. Asasi APIUM Dihalau

Pusat Asasi UM 'dihalau' dari Kelantan, alumni tampil tuntut pembelaan

Baca Artikel Penuh