Puad Zakarshi akan dilantik speaker Dun Johor, mengadap Sultan Johor hari ini

Puad Zakarshi akan dilantik speaker Dun Johor, mengadap Sultan Johor hari ini. Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, Mohd Puad Zarkashi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rengit, disahkan akan dilantik sebagai speaker baharu bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor ke-15 hari ini.

Menurut sumber yang terlibat dalam keputusan itu yang tidak ingin dinamakan berkata kepada FMT, Puad akan dipanggil menghadap Sultan Johor Sultan Ibrahim Iskandar dan akan dilantik menjadi speaker baharu pada jam 9 pagi ini.

“Betul. Tuanku panggil Puad mengadap dan titah jadi speaker pada jam 9 pagi,” katanya kepada FMT.

Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada benar atau tidak Puad akan dilantik menjadi Speaker baharu Johor.

Dalam pada itu, sumber itu turut mengesahkan ADUN Semarang, Samsolbari Jamali yang ketika ini Ketua Umno Bahagian Ayer Hitam akan dilantik menjadi timbalan speaker DUN Johor.

Puad Zakarshi akan dilantik speaker Dun Johor, mengadap Sultan Johor hari ini

Puad juga merupakan ketua Umno bahagian Batu Pahat Dan pernah menjawat sebagai bekas timbalan menteri pelajaran.

Sebelum ini, sejak era pentadbiran Abdul Ghani Othman sebagai Menteri Besar Johor, pelantikan Speaker dibuat dalam kalangan bukan wakil rakyat bermula dengan Ali Hassan, Mohamad Aziz dan Suhaizan Kaiat.

Amalan itu dipercayai bagi mengelak kerajaan kekurangan satu undi penting sekiranya terdapat sebarang usul dikemukakan yang memerlukan sokongan majoriti dewan.

Bagaimanapun, kemenangan selesa Barisan Nasional (BN) Johor pada pilihan raya negeri (PRN) lalu, hampir pasti jawatan itu akan kembali disandang oleh ADUN kerajaan yang menang pilihan raya berkenaan.

TONTON :

BACA:

Padah sambut birthday pekerja, majikan diarah bayar RM1.9 juta

Doktor sahkan Roslan Aziz hanya tinggal enam bulan lagi untuk hidup

BSN buka permohonan khas untuk tolong peniaga, peruntukan RM800 Juta

CATEGORIES