PRU15 : Veteran Umno bayangkan Bersatu ‘merah’ atau ‘hitam’ akan bungkus

Menarik baca komen dari veteran UMNO. Secara ringkas nya Bersatu baik merah atau hitam akan bungkus bila ada PRU15. UMNO hanya sokong bersatu merah sekarang ini pun sebab nak tolong jatuh kerajaan PH. Lepas parlimen bubar abah tebok atap sudah tiada bargaining power.

Yang tinggal dalam bersatu merah, yang menang asal hanya separuh, lagi separuh adalah MP yang lompat dari UMNO dan pengkhianat PKR. The ironi is masing2 tengah cari tempat berteduh. Ada dengar ura-ura jemin nak bertanding luar Gombak yang kalau betul dia sendiri tahu dia hendak bungkus.

Bila berkhianat macam ini lah, Tuhan tak tolong, manusia benci, di akhirat akan dapat bendera al-ghadr. Mereka yang berkhianat ini rasa kuat dengan kuasa yang ada pada mereka; percayalah no kings lives forever. Even the mighty UMNO pun tersungkur juga pada PRU14

PRU15 banyak kemungkinan yang berlaku, ada kebarangkalian UMNO & BN berkuasa, ada juga peluang PH berkuasa semula; tapi yang saya pasti golongan pengkhianat, peluang mereka untuk kalah sangat tinggi.

Kerajaan PN mmg tidak stabil, lagi lama UMNO berada dalam kerajaan ini mereka akan lagi lemah. Terutama sekali kalau Najib dan Zahid di jatuhkan hukuman bersalah oleh mahkamah. Tiada amount of publisti yang dapat lawan berita mereka berdua bersalah di mahkamah di bawah kerajaan PN, dan ini akan boost morale MY. Kalau under PH mereka boleh main falasi kata mahkamah tak adil

MY juga not in a good shape either, dia kata dia tak suka berpolitik bukan apa, kalau dia sentuh bab 1MBD, kena kat Najib, sentuh bab hudud kena kat PAS, sentuh bab MA63 kena kat GPS. jadi kesudahannya baca doa depan TV sambil melabun fakta yang merapu. Ingat bila bubar parlimen, nak taknak kempen politik dia kena ada hala tuju; dah dia sendiri pengkhianat bersama dengan penyamun, apa lagi yang dia boleh goreng?

Bersatu Hitam most likely gagal cabar pemecatan mereka di mahkamah, guess why? Sebab peraturan yang PM4 pinda dalam akta pertubuhan masa dia ada kuasa waktu itu untuk pecat ahli yang bawa isu partinya sendiri ke mahkamah. Nampaknya karma is slowly bite him in behind.

Saya faham modus operandi kenapa dia letak jawatan, it is suppose to be like a soap opera “magnum opus”, tapi dia tak expect yang MY jadi rogue dan hijack plan dia. MY suppose to serve as puppet sebab itu pengerusi banyak kuasa dalam bersatu. Cuma dia oversight tak sangka puppet stage 4 pun boleh khianat dia. Dia tahu kalau Anwar jadi PM Bersatu akan bungkus; sebab itu dia okestrakan satu cara supaya dia boleh jadi PM sampai PRU15 tapi the burden of guilt jatuh pada orang lain. Well, wamakaru wamakarallah khairul makirin. Pengkhianatan jawapan Allah untuk orang yang merancang untuk berkhianat; sebab itu dalam Islam kita kena berpegang teguh pada janji.

Pada hemat saya,. kalau PRU15 lepas oktober PH ada peluang hendak menang semula at least pada masa PRU13 dahulu. Tapi dengan bersatu merah tak dapat secure seat, pengkhianat pun sama tak dapat jawatan dalam parti bersatu; selagi itu mereka tak berani nak bubar parlimen.

Kalau mereka for some reason bersetuju untuk berbahagi kerusi sesama mereka , UMNO, PAS, Bersatu, GPS, MIC dan MCA, ia adalah berita buruk untuk PH. Tapi tengok realiti orang bawah, walaupun atasan dan setuju, ada peluang kerusi bersatu hitam di sabotaj oleh UMNO dan PAS. Sifir dia senang, kalaupun bersatu merah menang 49 dari 50 seat dan 1 seat yang kalah itu seat MY; bersatu tetap tak dapat jadi PM dan ingat depa nak terima Jemin (assuming dia boleh menang despite all odd) jadi PM?

Dan dari UMNO pun nak kena tengok sama ada Najib atau Zahid masuk bertanding atau tidak, silap-silap kalau nanti TokMat yang jadi PM dan bersatu akan bungkus juga. It is just a final nail to the coffin, hanya menunggu masa untuk di baca talkin.

Sumber :