PRU15: Pimpinan PAS seru ahli sokong BN

PRU15: Pimpinan PAS seru ahli sokong BN. SEMUA ahli serta penyokong PAS Sabah diminta untuk membantu dan mengundi calon mewakili Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Barisan Nasional (BN) di negeri ini pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Setiausaha PAS Sabah Aliakbar Gulasan berkata sokongan kepada calon GRS-BN itu adalah sebagai tanda mendukung prinsip penyatuan nasional yang digagaskan oleh PAS.

Beliau berkata sokongan itu juga merupakan antara perkara hasil perbincangan dengan kepimpinan utama PAS pusat dan dipersetujui dalam Mesyuarat Khas Badan Perhubungan PAS Negeri Sabah di Kota Kinabalu malam ini.

“PAS Sabah juga tidak meletakkan calon untuk bertanding dalam Pilihan Raya Umum (PRU15). PAS Sabah akan menyelaras jentera bantu (calon GRS-BN) secara menyeluruh di peringkat negeri dan kawasan-kawasan,” katanya dalam satu kenyataan malam ini.

Hari ini, Pengerusi GRS Hajiji Noor mengumumkan calon untuk bertanding di 13 kerusi Parlimen, manakala Pengerusi BN Sabah Bung Moktar Radin mengumumkan calon partinya yang bertanding di 11 Parlimen di negeri ini.

PRU15: Pimpinan PAS seru ahli sokong BN

GRS dan BN menjalin kerjasama bagi mentadbir Kerajaan Sabah sejak memenangi Pilihan Raya Negeri Sabah Ke-16 pada 2020.

PRU15: Pimpinan PAS seru ahli sokong BN

BACA:

Isteri Zamani mengamuk tuntut duit suami

Berdekah tengok gelagat kucing tidur lena walaupun badan kena simbah air

Leona dikecam pakai iras ‘porn star’ sempena Halloween