BERSATU tidak pernah menutup pintu untuk berunding dengan mana-mana parti yang bersama-sama membentuk kerajaan Persekutuan hari ini termasuk Umno bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Namun, Naib Presidennya, Datuk Wira Mohd Rafiq Naizamohideen berkata Bersatu melalui Parti Perikatan Nasional (PN) pimpinan Tan Sri Muhyiddin akan terus bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan termasuk jika Umno memuktamadkan tidak mahu berunding dengan parti itu dan PN menjelang PRU15.
“PN yang kini mempunya lima komponen parti iaitu Bersatu, PAS, Gerakan, STAR dan SAPP akan terus berusaha mendekati dan berkhidmat kepada rakyat berbilang kaum dan agama bagi segera memulihkan negara daripada pandemik Covid-19.
“Peranan Pengerusi PN Tan Sri Muhyiddin Yassin yang Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) oleh kerajaan untuk meneruskan segala usaha pemulihan negara yang beliau mulakan semasa menjawat jawatan Perdana Menteri akan diteruskan dan disambung melalui platform MPN ini,” katanya menerusi kenyataan.
Baru-baru ini Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Wan Saiful Wan Jan memaklumkan masih tidak jelas sama ada Umno akan bersama PN dalam PRU15.
Bagaimanapun, katanya, PN tidak akan terkesan sekiranya ada pertembungan banyak penjuru.
Perhimpunan Agung Umno 2020 pada Mac lalu telah membuat keputusan supaya Umno memutuskan hubungan kerjasama dengan Bersatu.
Berita Penuh : https://malaysiapost.com.my/2021/09/29/pru15-bersatu-tak-pernah-tutup-pintu-rundingan-dengan-umno/