PRU-15 dijangka mengundi dalam keadaan banjir-Pakar Meteorologi

PRU-15 dijangka mengundi dalam keadaan banjir-Pakar Meteorologi. Tiada apa yang boleh dilakukan oleh wakil rakyat selain memberi respon segera jika banjir berlaku dalam masa terdekat, ketika Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU15) semakin hampir.

Pakar Metereologi, Datuk Dr Azizan Abu Samah berkata, tempoh tiga hari akan datang sangat penting untuk meramalkan apa yang akan berlaku.

“Kalau saya lihat apa yang sedang berlaku sekarang, elemen-elemen yang mungkin menyebabkan banjir besar memang sedang berlaku. Sama ada jadi atau tidak (banjir besar), dua atau tiga hari inilah penentunya dan kena diperhatikan

PRU-15 dijangka mengundi dalam keadaan banjir-Pakar Meteorologi

“Sekiranya banjir besar, akan ambil masa untuk respon dan proses pemulihan seperti yang kita lihat pada tahun 2014 dan 2021. Kalau jadi banjir besar, orang tak nak dengan kempen, mereka sibuk cuci rumah, fikirkan kerugian dan kemusnahan.

“Sekiranya sebelum 19 Nov tidak berlaku banjir besar, selesa sedikitlah. Tetapi kalau berdasarkan ramalan, kita hanya ada dua hari saja di mana ramalan cuaca baik.

Baca Artikel Penuh