Proton Wira jadi “juara” kereta paling banyak dicuri

Proton Wira jadi “juara” kereta paling banyak dicuri

Perintah kawalan pergerakan (PKP) dikuatkuasakan pada tahun 2020 bagi membendung wabak COVID-19, namun itu tidak menghalang daripada beberapa kes kecurian membabitkan kereta di Malaysia.

Terbaharu, semasa pelancaran Kempen Kesedaran Awam Pencurian Kenderaan 2021, Majlis Pengurangan Kecurian Kenderaan Malaysia (VTREC) telah berkongsi senarai 10 kenderaan paling banyak dicuri di Malaysia tahun lalu, lapor Paultan.org.

Proton Wira termasuk dalam senarai kereta paling ‘panas’ di Malaysia apabila model ini merekodkan kereta paling banyak dicuri pada tahun 2020, dengan 353 unit dilaporkan dicuri.

Selain daripada itu, di tempat kedua pula adalah model Proton Iswara dengan 273 unit dilaporkan hilang dari kawalan tuannya dan Toyota Hilux melengkapkan senarai teratas tiga kereta paling banyak dicuri dengan merekodkan 209 unit dilaporkan dicuri.

Tambah laporan itu lagi, Perodua Kancil dan Perodua Myvi termasuk dalam senarai lima teratas kereta yang paling banyak dicuri dengan masing-masing merekodkan angka kecurian sebanyak 144 unit untuk Kancil dan 131 unit untuk Myvi.

Nama-nama lain yang ikut tersenarai pada Kempen Kesedaran Awam Pencurian Kenderaan 2021 ialah Proton Saga dengan 110 unit, Proton Waja 104 unit, Honda Civic 85 unit dan Honda City dengan 75 unit.

Untuk rekod, jumlah kecurian yang dilaporkan dicuri setiap hari pada tahun lalu adalah 20 unit, di mana angka ini menunjukkan penurunan berbanding tahun 2019 dengan rekod 32 unit sehari.

Sumber:https://www.thevocket.com/proton-wira-paling-dicari-pencuri-rekod-kes-kecurian-tertinggi/

COMMENTS