Prof Agus pilih Anwar, ini sebabnya…

Prof Agus pilih Anwar, ini sebabnya. Selepas pengunduran Tan Sri Mahiaddin Md Yassin semalam beberapa nama Ahli Parlimen disebut bakal mengisi jawatan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, Ismail Sabri, Shafie Apdal dan Tengku Razaleigh.

Di antara keempat-empat calon perdana menteri itu, Pensyarah kanan Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff berkata jika diminta memilih beliau akan memilih Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Katanya, bukan memberi peluang kepada Anwar kerana setelah lama berjuang tetapi Ahli Parlimen Port Dickson itu mengangkat nilai dan falsafah demokrasi yang diperlukan iaitu kebenaran, keadilan, kesejahteraan dan kemanusiaan.

“Jika diminta memilih satu dari empat nama, siapa PM pilihan saya? Saya memilih Dato Seri Anwar Ibrahim,” kata beliau.

Prof Agus

Dalam krisis Covid hari ini katanya berkata jika diminta memilih beliau akan memilih Datuk Seri Anwar Ibrahim., keyakinan, jaringan antarabangsa, pendedahan, dan visi yang sesuai dengan tuntutan semasa.

“Kes hari ini 20,000 sehari, jumlah kematian sudah 12,500 orang dan ekonomi negara merudum, pasaran saham rendah, nilai mata wang jatuh, barangan mahal, pengangguran meningkat, dan kehidupan rakyat susah.

“Bertuahnya negara ini jika keempat-empat pemimpin ini bersama dalam satu barisan kabinet untuk tempoh berbaki dua tahun lagi sebelum PRU-15,” kata beliau.

Rakyat kini sedang menanti kemunculan perdana menteri yang baru diatas kuasa budi bicara YDPA selepas Mahiaddin meletakkan jawatan kerana sudah tidak ada majoriti, semalam.

Berita Penuh : https://malaysiadateline.com/saya-pilih-anwar-jika-diminta-pandangan-kata-prof-agus/

BACA: Pas puji Muhyiddin tak tolak ansur dengan kleptokrat

Artikel ini disiarkan pada 17/08/2021

COMMENTS