PRN Melaka : Tunggu ‘greenlight’ SPR, MKN dan KKM

UMNO dan Barisan Nasional (BN) bersedia menghadapi sebarang kemungkinan termasuk jika berlaku Pilihan Raya Negeri (PRN) di Melaka susulan kemelut politik yang menumbangkan kerajaan negeri itu semalam.

Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, sekarang UMNO dan BN menunggu keputusan daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPRM), Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan (KKM).

PRN Melaka : Tunggu 'greenlight' SPR, MKN dan KKM

“Kita sudah bersedia berdepan apa juga kemungkinan dalam mendepani polemik politik di Melaka termasuk PRN susulan keputusan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka hari ini.

“Keputusan untuk mengadakan PRN akan diputuskan oleh SPR selepas mengadakan perbincangan dengan MKN dan KKM,” katanya pada sidang media di Parlimen hari ini.

Media hari ini melaporkan, Yang di-Pertua Negeri, Tun Mohd Ali Mohd Rustam bersetuju untuk membubarkan DUN Melaka.

Keputusan itu dibuat selepas Ketua Menteri Melaka, Datuk Sulaiman Md. Ali telah mengutus surat kepada Mohd Ali memaklumkan empat ADUN telah hilang kepercayaan terhadapnya.

Perkara itu dimaklumkan Yang di-Pertua DUN, Datuk Ab. Rauf Yusoh dalam sidang media di Seri Negeri di Melaka, hari ini.

Proklamasi Pembubaran Dewan Undangan Negeri Melaka Yang Keempat Belas akan diwartakan pada hari ini (5 Oktober 2021, Selasa).

Menurut Ahmad Zahid, kerajaan negeri dipimpin Sulaiman perlu meneruskan tugasnya memimpin negeri itu di bawah kerajaan sementara sehingga satu ketetapan dibuat SPR.

Berita Penuh : https://malaysiagazette.com/2021/10/05/umno-bn-sedia-hadapi-prn-melaka-zahid/

BACA JUGA : Panas !!! Zahid cadang parti Bersatu dibubarkan

COMMENTS

Wordpress (0)