komen

PRN Melaka : Seorang Srikandi Bersatu disahkan positif COVID-19

Sekumpulan jentera Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang membantu kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka diarah kuarantin selepas salah seorang daripada mereka disahkan positif COVID-19.

Jentera Srikandi dari sebuah negeri di pantai timur tanah air itu dilaporkan menetap sementara di sebuah rumah di Semabok sepanjang tempoh PRN berjalan sehingga 20 November ini.

PRN Melaka : Seorang Srikandi Bersatu disahkan positif COVID-19

Sekumpulan jentera Srikandi Bersatu yang membantu kempen PRN Melaka diarah kuarantin selepas salah seorang daripada mereka disahkan positif COVID-19. – Gambar hiasan

Namun, seorang Srikandi berusia 24 tahun disahkan positif COVID-19 dan menyebabkan semua petugas yang tinggal di rumah berkenaan turut diarah menjalani kuarantin.

“Salah seorang daripada mereka telah menjalani ujian RTK-Antigen di sebuah klinik swasta di Bachang dan disahkan positif Covid-19.

“Oleh kerana itu, semua jentera Srikandi termasuk Srikandi dari Melaka yang menetap di rumah berkenaan kemudian disahkan sebagai kontak rapat dan diarah menjalani kuarantin, namun ada antara mereka yang tetap keluar membantu calon berkempen,” kata satu sumber kepada Astro AWANI.

Sementara itu, Pengarah Kesihatan negeri, Dr Rusdi Abd Rahman bagaimanapun berkata pihaknya belum menerima sebarang laporan berkaitan kes berkenaan.

“Setakat ini tiada sebarang maklumat berhubung kes itu diterima, bagaimanapun Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) akan menjalankan siasatan lanjut,” katanya ringkas ketika dihubungi Astro AWANI.

Selain itu, beliau berkata setakat ini JKN negeri telah mengeluarkan empat kompaun kepada penganjur parti politik berhubung pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) kempen pilihan raya sejak 25 Oktober hingga 7 November lalu.

Beliau turut menasihati jentera pilihan raya semua parti untuk tidak terlalu ghairah dalam berkempen dengan mengambil iktibar gelombang baharu COVID-19 yang berlaku pada PRN Sabah tahun lalu.

“Saya ingin nasihatkan semua pihak supaya tidak terlalu ghairah dan tolong jaga SOP demi kebaikan bersama kerana SOP yang dibuat bukan secara ‘semberono’, kita dah fikir masak-masak dan buat kajian di dalam dan luar negera terutamanya apa yang berlaku pada PRN Sabah,” tambahnya.

BACA JUGA : Pemandu Timbalan Menteri mengaku tak bersalah potong di garisan berkembar
Panas !!! Akhirnya adik Najib sendiri kantoikan aktiviti ‘duit’ Najib

CATEGORIES