PRN Melaka : PN sedia runding dengan Umno

Perikatan Nasional (PN) Melaka sedia mengadakan rundingan dengan UMNO untuk berdepan Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Pengerusinya, Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen berkata, ia bagi mengelakkan berlaku pertembungan tiga penjuru di setiap kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

“PN negeri terbuka sekiranya UMNO ingin berunding untuk elak pertembungan tiga penjuru.

PRN Melaka : PN sedia runding dengan Umno

Mohd Rafiq dalam sidang media petang ini berkata, ia bagi mengelakkan berlaku pertembungan tiga penjuru di setiap kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

“Apa yang pasti ialah Bersatu tidak akan bertembung dengan parti komponen kita iaitu Pas dan Gerakan yang mana hari ini juga kita telah menunjukkan satu solidariti mengadakan sidang media bersama,” katanya hari ini.

Beliau berkata demikian dalam sidang media bersama Pesuruhjaya Pas Melaka, Datuk Kamaruddin Sidek dan Pengerusi Gerakan negeri, Datuk Seri Michael Gan Peng Lam.

Mengulas hubungan PN Melaka dengan UMNO ketika ini katanya, sokongan PN terhadap kepimpinan kerajaan negeri hari ini tidak pernah berubah.

“Saya telah menyatakan pendirian kita sebelum ini menyokong kepimpinan Datuk Seri Sulaiman Md Ali sehingga Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

“Itu amat jelas maksudnya kita dalam tempoh Sulaiman menjadi ketua menteri, kita tidak adalah krisis besar dengan kepimpinan beliau. Kalau ada perselisihan pendapat itu biasa,” tambahnya.

Terdahulu, Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka terpaksa dibubarkan selepas mendapat persetujuan Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Mohd Rustam.

Ia selepas empat wakil rakyat iaitu bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron (BN-Sungai Udang), Datuk Nor Azman Hassan (BN-Pantai Kundor), Datuk Norhizam Hassan Baktee (Bebas – Pengkalan Batu) dan Datuk Noor Effandi Ahmad (BERSATU-Telok Mas) mendakwa hilang kepercayaan dengan kepimpinan Sulaiman.

Berita Penuh : https://www.astroawani.com/berita-politik/pn-melaka-sedia-runding-dengan-umno-mohd-rafiq-323667

BACA JUGA : Akibat sentuh bab agama , anak tergamak tikam mak ayah

COMMENTS

Wordpress (0)