PRN Melaka : Pembangkang sepakat guna logo PH

Pakatan Harapan (PH) sebulat suara memutuskan untuk menggunakan logo gabungan itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, bulan depan.

Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keputusan itu diambil selepas mesyuarat Majlis Presiden PH dengan kepimpinan parti termasuk DAP, PKR, Parti Amanah Negara (Amanah) dan Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO).

PRN Melaka : Pembangkang sepakat guna logo PH

Anwar Ibrahim berkata, keputusan itu diambil selepas mesyuarat Majlis Presiden PH dengan kepimpinan semua parti. 

“PH telah bermesyuarat dengan Majlis Presiden PH dan kepimpinan semua parti gabungan bagi membincangkan tentang logo parti dan pelbagai pandangan (saya terima), kita hormat semua pimpinan parti.

“Tapi keputusan kita untuk PRN Melaka, sebagai ujian permulaan, sebagai test, kita sebulat suara menggunakan logo PH. Jadi seluruh kekuatan PH, DAP, Amanah dan PKR hanya akan menonjolkan logo PH,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR, di sini, pada Jumaat.

Mengulas lanjut, Anwar yang juga Ketua Pembangkang menjelaskan, dalam PRN Melaka, gabungan itu akan berjuang atas logo, satu pendirian dan satu manifesto di peringkat negeri.

BERITA LANJUT MENYUSUL

BACA JUGA : Tandas awam ‘ala syurga’ di Kelantan
Sah !!! UMNO akan bersama PAS di PRN Melaka
Facebook rasmi tukar nama kepada Meta