PRN Melaka : Pas tolak parti ‘ekstrem’

Presiden PAS Abdul Hadi Awang dalam satu kenyataan berkata Pas menyertai Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka kerana mahu menolak “parti ekstrem” dan membawa pembaharuan kepada Melaka.

Menurut laporan Malaysiakini, Hadi berkata, BN mempunyai banyak kelemahan dan berpendapat pembaharuan perlu dilaksanakan dan kerana itu tertubuh pula PN dengan mengetepikan “parti-parti ekstrem”.

Beliau dalam ucapannya di majlis Pentas PRN Melaka Bersama Pimpinan yang diadakan di Shah Alam berkata, “Apabila dacing (simbol BN) dah lama, ada kelemahan-kelemahan dia. (Justeru) kita kena buat perubahan… kita ubah buat PN (iaitu) satu perikatan baru mengumpulan parti-parti yang tidak ekstrem, yang boleh bersatu, boleh kerjasama dan kita cuba bertanding di Melaka apabila ada peluang di Melaka.

PRN Melaka : Pas tolak parti ‘ekstrem’

Presiden PAS Abdul Hadi Awang

“PAS, Bersatu dan Gerakan, kita bertanding atas satu simbol untuk menolak parti ekstrem, untuk membuat satu perubahan pendekatan pakatan baru.

“Satu pembaharuan mesti dilakukan. Kalau rakyat Melaka nak buat pembaharuan, pilihlah PN.”

Mengulas lanjut, Hadi turut menganggap tindakan empat bekas Adun Umno dan penyokong kerajaan Melaka menarik balik sokongan mereka kepada Sulaiman Md Ali itu sebagai langkah Umno menjatuhkan Muhyiddin.

Beliau turut memuji tindakan Muhyiddin yang tidak mememinta untuk dilantik sebagai perdana menteri dan menganggap ia satu adab yang terpuji.

“Demi nak selamat (kerajaan) kita buat perubahan. Tan Sri (Muhyiddin) sanggup letak jawatan perdana menteri. Bukan mudah nak letak jawatan perdana menteri.

“(Selepas itu) terima perdana menteri baru. Terima dengan tenang. Selepas berlaku (pertukaran di peringkat) persekutuan, berlaku pula di Melaka… jatuhkan kerajaan sendiri.

“Ini sesuatu yang tidak bermoral,” katanya.

BACA JUGA : Muhyiddin dedah lebih rela beri kuasa kepada Umno berbanding Anwar
Kecoh !!! Artis belanja gambar dalam tab mandi, netizen suruh taubat

CATEGORIES