PRN Melaka : Pas tak guna lambang bulan buat pertama kali

PAS pertama kali akan bertanding dalam pilihan raya tanpa menggunakan lambang bulan parti tersebut.

Ini susulan PAS yang kini parti komponen Perikatan Nasional (PN) bersama Bersatu dan Gerakan akan bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka bulan depan menggunakan lambang PN.

Pas tak guna lambang bulan buat pertama kali

Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata ketiga-tiga parti sepakat untuk menawarkan calon-calon dalam PRN Melaka menggunakan satu lambang.

PN dijangka bertanding semua 28 kerusi dalam PRN tersebut susulan Umno sebelum ini dilaporkan mahu bertanding secara berpendirian menggunakan logo Barisan Nasional (BN).

Sementara itu Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu berkata rundingan pembahagian kerusi antara tiga parti akan dimuktamadkan Jawatankuasa Rundingan Kerusi parti PN.

“Majlis Tertinggi juga telah memutuskan semua parti-parti komponen untuk menggerakkan sepenuhnya jentera parti masing-masing dan menggembleng seluruh tenaga dan upaya bagi memenangi kepercayaan rakyat Melaka.

“PN sentiasa berpegang kepada aspirasi memelihara perpaduan, memastikan pentadbiran berintegriti dan prihatin terhadap kesejahteraan rakyat,” katanya.

BACA JUGA : Bekas KPN gesa PDRM siasat akaun twitter ‘@edisi_siasatmy’
Panas !!! Ku Nan dedah ditawar jadi TPM jika lompat parti

CATEGORIES