Presiden PIKDM dedah kru produksi lari balik KL walaupun didapati positif Covid-19 di Perak

“Bagaimana produksi boleh balik Kuala Lumpur selepas didapati tujuh orang dalam produksi sudah dijangkiti Covid-19, sudah pakai gelang pink.

“Malah yang lain belum dapat keputusan ujian saringan kedua dilepaskan kembali ke Kuala Lumpur tanpa diketahui Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)?”

Itu persoalan yang ditimbulkan Presiden Pertubuhan Industri Kreatif Digital Malaysia (PIKDM) Mohd Dean Lau Abdullah.

Presiden PIKDM dedah kru produksi lari balik KL walaupun didapati positif Covid-19 di Perak

Mohd Dean.

Mohd Dean menerusi hantaran di Facebook berkata, mereka yang terbabit dengan perbuatan itu terus mematikan telefon kerana tidak mahu menjawab panggilan KKM dan tidak mahu menampung kos dilokasi lagi.

“Yang tinggal hanya yang positif dan artis yang terbabit juga disuruh balik kerana jika masih mahu tinggal di lokasi, terpaksa bayar sendiri. Siapa nak jawab kluster ini? Siapa akan bertanggungjawab jika orang KL pun terkena jangkitan daripada yang lari balik KL nanti?

“KKM hanya diberitahu tiga orang kontak rapat, tapi kontak rapat pun dilepaskan balik KL. Padahal keseluruhan pasukan produksi perlu dikuarantin di lokasi penggambaran dan tidak dibenarkan keluar,” katanya.

Dean mendakwa terdapat juga antara mereka yang terbabit sengaja memberi info yang tidak benar kepada pegawai KKM apabila disoal semata-mata untuk melepaskan diri.

“Kasihan kepada orang lain yang selama ini menjaga prosedur operasi standard (SOP) dengan rapi tetapi dihampakan dengan sikap penting diri segelintir manusia yang secara mengejut menjadi mangsa positif Covid,” katanya.

Berita Penuh : https://www.hmetro.com.my/rap/2021/10/764326/positif-covid-19-di-perak%C2%A0produksi-lari-balik-kl

BACA JUGA : Kerajaan masih dalam proses meneliti RUU355, kata Idris

COMMENTS

Wordpress (1)
  • comment-avatar

    […] BACA JUGA : Presiden PIKDM dedah kru produksi lari balik KL walaupun didapati positif Covid-19 di Perak […]