Pas

Presiden Pas tak dapat hadir, Tuan Ibrahim wakil

Presiden Pas tak dapat hadir, Tuan Ibrahim wakil. Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man memaklumkan beliau mewakili Presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bagi menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara petang ini.

Beliau menerusi hantarannya di Facebook memaklumkan, pergerakan ke Istana Negara yang dijadualkan berlangsung pada 2 petang itu bagi membawa pendirian parti berhubung situasi politik negara.

“Saya mewakili Presiden Pas akan ke Istana Negara menghadap KDYMM SPB Yang Dipertuan Agong pada jam 2.00 petang, membawa amanah Presiden dan Parti bagi mencadangkan pendirian parti menghadapi kemelut politik yang berlaku kini,” katanya menerusi hantarannya di Facebook.

Presiden Pas

Istana Negara hari ini sekali lagi menjadi tumpuan berikutan beberapa pimpinan parti politik yang dijadualkan untuk menghadap Baginda bagi mengemukakan calon Perdana Menteri.

Semalam, Al-Sultan Abdullah memperkenan peletakan Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Perdana Menteri serta seluruh barisan Ahli Jemaah Menteri berkuat kuasa serta merta.

Dalam pada itu, Baginda turut perkenan untuk melantik Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri sementara (caretaker) sebelum calon Perdana Menteri Baharu dilantik semula.

Berita Penuh : https://www.astroawani.com/berita-politik/saya-wakil-presiden-pas-menghadap-agong-tuan-ibrahim-314526

BACA: Prof Agus pilih Anwar, ini sebabnya…

CATEGORIES