Presiden Pas selesai jalani rawatan di IJN

Presiden Pas selesai jalani rawatan di IJN

Presiden PAS Abdul Hadi Awang memberitahu bahawa beliau dibenarkan pulang selepas menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) sejak Isnin lalu.

Hadi dalam kenyataan mengucapkan terima kasih dan terhutang budi kepada doktor dan petugas di Unit Kecemasan Hospital Putrajaya dan IJN atas kecekapan dan profesionalisme tinggi, juga kepada semua pihak yang mendoakan kesihatannya.

“Sepanjang tempoh rawatan, saya turut mengikuti perkembangan berita dalam dan luar negara, khususnya berkenaan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan dan Dasar Perpaduan Negara yang dilancarkan perdana menteri.

“Selain itu, (saya) turut mengikuti pelbagai langkah diambil bagi mengekang penularan wabak Covid-19 dan pemulihan semula ekonomi negara.

“Semoga semuanya dapat dijayakan dengan dukungan bersama,” katanya.

Pada 15 Feb, Hadi dimasukkan ke IJN selepas mengadu kurang sihat dan sesak nafas.

Beliau, yang juga merupakan duta khas perdana menteri ke Asia Barat dibawa ke Jabatan Kecemasan Hospital Putrajaya pada 7.50 malam.

Berita penuh : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/02/19/hadi-selesai-jalani-rawatan-di-ijn/