Pramugari ‘lari’ dari wad pengasingan – Covid-19


GEORGE TOWN: Seorang wanita berusia 21 tahun yang dilaporkan hilang dari wad pengasingan Covid-19 di Hospital Parit Buntar, Perak, semalam, kembali ke hospital hari ini, kata polis.

Ketua Polis Daerah Kerian, Omar Bakhtiar Yaacob berkata, wanita itu kembali ke hospital itu secara sukarela, mendakwa ada salah faham antara dia dan kakitangan hospital.

“Wanita itu belum lagi disahkan positif Covid-19. Nampaknya ada salah faham antara dia dan pihak hospital, yang menyebabkan dia meninggalkan hospital.

“Kekeliruan muncul sama ada dia dibenarkan pulang ke rumah atau tidak. Kami sedang menyiasat,” katanya.

Laporan polis yang dibuat kakitangan Hospital Parit Buntar dikongsi secara meluas di Facebook yang mendakwa seorang pramugari kelahiran Pulau Pinang “melarikan diri” selepas ditempatkan di bilik pengasingan hospital itu selama 4 jam.

Sebelum ini, dia didakwa dalam penerbangan dari Singapura pada 11 Mac dan transit ke Thailand dan “menunjukkan tanda-tanda Covid-19” seperti demam sejak 12 hari lalu sehingga 23 Mac, menurut laporan itu.

Sumber : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2020/03/24/pramugari-lari-dari-wad-pengasingan-kembali-ke-hospital-kata-polis/