’Poster boy’ Umno mestilah yang ada ketokohan, bukan ‘lembik’ – Puad

’Poster boy’ Umno mestilah yang ada ketokohan, bukan ‘lembik’. Datuk Mohd Puad Zarkashi menanggah kenyataan Tan Sri Annuar Musa kononnya Datuk Seri Ismail Sabri akan diangkat sebagai poster boy Umno pada Pilihan Raya Umum ke-15.

Dalam satu kenyataan, Puad mendakwa UMNO masih belum membuat sebarang keputusan berhubung perkara itu.

Namun, hanya beberapa jam sebelum itu, Annuar mendakwa MKT menunjukkan isyarat bahawa Ismail Sabri adalah “posterboy” UMNO pada Pilihan Raya Umum ke-15 dan merupakan calun Perdana Menteri daripada Umno.

“Mesyuarat MKT jelas membuat “pengendorsan” bahawa DSIS akan terus memimpin negara sehingga tamat tempoh penggal Parlimen ke14, pada tahun 2023,” katanya.

Menurut Puad, ‘poster boy’ dipilih kerana ketokohannya, polisinya dan pembela rakyat, bukannya lembik, ikut cakap orang dan lambat buat keputusan.

’Poster boy’ Umno mestilah yang ada ketokohan, bukan ‘lembik’ - Puad

Siapakah yang bercakap benar?

Puad diketahui ramai sebagai orang kuat Datuk Seri Najib Tun Razak, manakala Annuar dan Ismail Sabri dikatakan berpihak kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Kem Ismail Sabri ingin pemilihan UMNO diadakan sebelum Pilihan Raya Umum ke-15 agar kedudukan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai presiden parti boleh dicabar.

Manakala itu, kluster Mahkamah dikatakan terdesak untuk parlimen diumumkan dalam masa terdekat, mungkin sebelum bulan puasa tahun ini.

Ini disyaki ada kaitannya dengan kes-kes Mahkamah Najib dan Zahid, di mana kedua-duanya dikatakan mahu Pilihan Raya diadakan sebelum keputusan muktamad kepada SRC Najib dibacakan.

BACA JUGA :
Ismail Sabri dedah dirinya sebagai penentang keputusan parti – Puad
Apa kejayaan RM600 bilion yang diumum PM untuk lawan Covid-19?, soal Puad
Azmin balik dari Saudi bawa apa?, tanya Puad

CATEGORIES