Portal dedah gaji setiausaha politik RM17,884 sebulan

Setiausaha Politik Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Muhammad Islahuddin Abas mempunyai pendapatan sebanyak RM17,884 dengan gaji bulanan diterimanya sebanyak RM9,000.

Selain itu, Muhammad Islahuddin juga menerima elaun sebanyak RM8,884 sebulan seperti yang dilaporkan di Portal Perisytiharan Harta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Portal dedah gaji setiausaha politik RM17,884 sebulan

Muhammad Islahuddin (kanan).

Staf Ahli Parlimen Mersing, Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad itu juga mengisytiharkan bahawa dia menerima RM8,884 sebulan sebagai elaun keraian dan tidak dapat apa-apa untuk bayaran sewaan dan lain-lain pendapatan.

Pengisytiharan itu diterima SPRM pada 19 November lalu.

Laman itu juga mendedahkan bahawa jumlah aset Muhammad Islahuddin kurang daripada RM1 juta.

BACA JUGA : Speaker Dewan Negara ‘kirim salam’ pada Hamzah
Panas !!! Anggota polis didakwa rogol isteri tahanan sehingga hamil

Artikel ini disiarkan pada 13/12/2021

COMMENTS

Wordpress (0)