Pondan mungkin dilarang masuk masjid di Wilayah Persekutuan – Timb Menteri Agama

Kerajaan sedang meneliti untuk melarang golongan transgender (pondan)  daripada memasuki masjid di Wilayah Persekutuan, seperti yang dikuatkuasakan di Perlis.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary berkata, tindakan itu adalah wajar demi menjaga kedaulatan agama di samping kesucian masjid sekali gus mengelak kekeliruan dalam kalangan masyarakat.

“Jika golongan transgender masuk ke masjid, contohnya individu lelaki yang memakai tudung, tentunya perbuatan itu sangat tidak sesuai kerana bukan sahaja mengelirukan ramai, malah mengganggu privasi golongan hawa terutama soal aurat.

Pondan mungkin dilarang masuk masjid di Wilayah Persekutuan - Timb Menteri Agama

AHMAD Marzuk Shaary (kanan) melihat barangan keperluan makanan dalam Program Inspirasi Qaseh Kami : Food Bank Yapeim 3.0  di pekarangan stesen teksi di Kemaman, Terengganu,  hari ini. – UTUSAN/NIK NUR IZZATUL HAZWANI NIK ADNAN

“Jadi kita sedang meneliti untuk melaksanakan larangan sama di Wilayah Persekutuan manakala di peringkat negeri pula terpulang kepada pihak berkuasa agama masing-masing,” katanya kepada pemberita selepas Program Inspirasi Qaseh Kami : Food Bank Yapeim 3.0 di pekarangan stesen teksi di sini, hari ini.

Selasa lalu, Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin berkata, golongan mak nyah atau transgender diharamkan memasuki masjid dalam keadaan kecelaruan jantina, kerana boleh mengganggu suasana ibadah.

Dalam pada itu, Ahmad Marzuk berkata, sekiranya golongan transgender memasuki masjid untuk bertaubat, maka kedatangan tersebut adalah dibenarkan.

Bagaimanapun, katanya, setakat ini pihaknya tidak menerima sebarang maklumat mengenai pencerobohan golongan transgender di masjid dan pihaknya percaya, Perlis melaksanakan larangan tersebut sebagai langkah pencegahan.

Berita Penuh : https://www.utusan.com.my/terkini/2021/09/larangan-pondan-masuk-masjid-bakal-dilaksanakan-di-wilayah-persekutuan/

BACA JUGA : Panas !!! Abang mangsa gangguan seksual pendakwah terkenal buat sumpah laknat

COMMENTS

Wordpress (0)