Politik khianat kembali diamalkan setelah naiknya pemimpin korup

Politik khianat kembali diamalkan setelah naiknya pemimpin korup

Sejarah politik katak bukan suatu yang baharu dalam negara. Wakil dipilih rakyat (Parlimen DUN) bertindak menyeberang melalui proses ‘bid and sell’ melibatkan jutaan ringgit serta dijanji jawatan bergaji lumayan bertujuan merampas kerajaan sedia ada atas mandat rakyat. Ada juga kes melibatkan wakil rakyat pembangkang yang menyeberang ke pihak kerajaan juga dengan tawaran bagi mengukuhkan kerajaan ‘simple majority’.

Tiada akta yang menghalang hal ini.

Politik negara Februari lalu dipukul badai Langkah Sheraton di mana rakyat menyaksikan individu dalam Kabinet Kerajaan sedia ada berpakat dengan pihak musuh menumbangkan kerajaannya sendiri yang ditegak atas mandat majoriti rakyat pada 9 Mei 2018. Tak perlu diulas panjang siapa dan mengapa ianya dilakukan. Umum tahu.

Isu utamanya, Malaysia baharu sahaja memasuki fasa reform ke atas sistem korup tinggalan rejim Kleptokrasi dan mendapat pengikhtirafan dunia tapi selepas 22 bulan dirampas secara tidak sah dan kembali diterajui kumpulan perasuah, penyamun dan penyangak.

Mata rakyat sendiri menyaksikan satu persatu penyamun dan perasuah VIP dibebaskan dari pendakwaan. Apa kesudahan kes Najib, Zahid, Ku Nan, Isa Samad dan Azeez Rahim? Tunggulah.

Persoalannya, salah siapa? Siapa yang meletakkan meraka yang korup di tampuk kuasa? Ada benarnya ungkapan “Rakyat yang korup memilih pemimpin korup”. Korup minda dan ilmu.

Sumber :