Polis wanita ‘dibayar’ RM10,000 untuk lepaskan 2 tahanan dalam perjalanan ke penjara

Seorang

Harapkan pagar, pagar makan padi. Seorang polis wanita melepaskan dua tahanan warganegara Thailand selepas menerima sogokan RM10,000.

China Press melaporkan, polis wanita itu diamanahkan untuk menghantar dua tahanan wanita ke penjara, tetapi bertindak melepaskan mereka ketika dalam perjalanan dari mahkamah.

Salah laku polis itu bagaimanapun berjaya dibongkar dan pegawai siasatan kanan yang mengendali kes itu kemudian turut menahan dua polis lain, masing-masing seorang wanita dan seorang lelaki, yang disyaki bersekongkol.

Polis wanita 'dibayar' RM10,000 untuk lepaskan 2 tahanan dalam perjalanan ke penjara

Dua tahanan dari Thailand ditahan bersama seorang wanita Melayu pada 8 September lalu oleh Polis Ampang Jaya, Selangor kerana kesalahan berkaitan dadah.

Dua wanita Thailand itu kemudian mengakui bersalah melanggar kesalahan imigresen pada 15 September dan dihukum penjara sebulan di Penjara Kajang.

Apabila pihak polis mahu kedua-dua wanita itu dihadapkan ke mahkamah sekali lagi untuk kesalahan berlainan, polis diberitahu rekod tahanan itu tidak wujud.

Selepas melakukan siasatan, polis telah menahan tiga anggota yang bertugas dalam ibu pejabat polis daerah Ampang.

Hasil siasatan mendapati suspek utama melepaskan dua warganegara Thailand itu di tempat meletak kenderaan di sebuah pasar raya besar selepas menerima sogokan RM10,000 daripada seorang lelaki Cina dan seorang pemandu e-panggilan keturunan Melayu.

Dua anggota polis lain mengakui menerima masing-masing RM2,200 dan RM2,800 daripada suspek utama, tetapi mereka juga memberitahu bahawa telah memulangkan duit tersebut.

Berita Penuh : https://malaysiagazette.com/2021/09/26/polis-wanita-terima-rm10000-lepas-tahanan/

BACA JUGA : Panas !!! Harta milik pegawai kanan SPRM berjumlah RM1.6 juta disita

COMMENTS

Wordpress (0)