Polis serah kertas siasatan Nadir, Caprice ke D5 Bukit Aman

Kertas siasatan melibatkan penyanyi rap, Ariz Ramli atau Caprice dan Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia (CGM), Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman telah diserahkan ke Bahagian Pendakwaan dan Undang-undang (D5), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintenden Ashari Abu Samah berkata, sebaik sahaja kertas siasatan disemak, ia akan diserahkan kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya (DPP) untuk tindakan selanjutnya.

“Sebelum ini kertas siasatan telah dihantar ke Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur.

Polis serah kertas siasatan Nadir, Caprice ke D5 Bukit Aman

NADIR AL-NURI (kiri) dan CAPRICE

“Minggu lalu kita telah serahkan ke D5 Bukit Aman sebelum dirujuk ke DPP,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Pada 2 September lalu, polis mengambil keterangan Muhammad Nadir dan Caprice berhubung isu misi kemanusiaan di Semenanjung Gaza, Palestin pada Julai lalu.

Kedua-dua individu itu selesai diambil keterangan menerusi emel.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 500 serta 504 Kanun Keseksaan, selain Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Pada 22 Julai lalu, pendakwah, Ebit Lew dilaporkan hadir ke Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju untuk dirakam percakapan berkaitan isu terbabit.

Sebelum ini, pendakwah terkenal itu dipetik menafikan dakwaan Muhammad Nadir yang pihaknya membayar ratusan ribu dolar kepada syarikat Hala untuk memasuki Gaza.

Ebit turut menyifatkan dakwaan itu sebagai fitnah melampau.

Berita Penuh : https://utusan.news/terkini/2021/09/kertas-siasatan-caprice-nadir-diserah-ke-d5-bukit-aman/

BACA JUGA : Polis arah Lim Kit Siang hadir ke IPD Dang Wangi

COMMENTS